Pages

Wednesday, December 25, 2013

Review 2013: Memulakan homeschooling


  Alhamdulillah hampir berlalu setahun tempoh percubaan homeschooling anak-anak secara sepenuh masa.. Ia proses pembelajaran yang sangat banyak untuk kami seisi keluarga. Antara yg dapat dipelajari mengenai proses homeschooling ini :

1. Tetapkan misi/objektif yg jelas-5-10 tahun (study pathway), tahunan, bulanan, mingguan etc. Sentiasa review objektif ini dgn pasangan & anak. Mesti realistik yang anak-anak adalah ' our biggest stakeholder' (dah macam ayat dato' presiden rasanya!)

2. Pilih method yg sesuai digunakan-contoh: school-at-home untuk ibubapa yang suka proses yg teratur & mimic sekolah tetapi di rumah, montessori untuk anak2 kecil, unschooling untuk pendidikan yg lebih practical & kurang strict dan banyak lagi model-model pendidikan. Jika tidak tahu, mulakan dengan apa yang ada di depan mata dahulu.

3. Pilih bahan dan resources yg sesuai dgn gaya pembelajaran setiap anak& kemampuan ibubapa mengikut objektif yg telah ditetapkan. Tidak semestinya disediakan di awal proses. Ia akan berterusan dan semakin lama pasti semakin banyak. Di sinilah keperluan adanya objektif yang jelas, perlu KIV jika bahan yg ditemui baik tetapi tidak selari dengan objektif.

4. Sediakan jadual,planner, checklist,MTP atau apa-apa sahaja yg boleh menjadi rujukan oleh sesiapa secara cepat apabila diperlukan & apabila ter'carried away' dgn kehidupan yg sibuk. Juga utk beri semangat ketika diperlukan :)

5. Bear in mind that homeschooling is lifeschooling. Every life event is learning, so be flexible & reserve little regret if we don't achieve our set target. They'll surely be something kids and parents have learnt. Review and make it better from time to time.

6. Have faith that if anything happen, there must be a lesson from Allah. Learn, learn & keep learning :)

Antara persediaan yang kami perlukan sepanjang tahun:

1. Office- ruang untuk berfikir, merancang, menyimpan peralatan (PC, printer,file, paper supply, laminating machine, cutter, puncher etc.) selamat dari anak-anak kecil.

2. Mini Classroom-whiteboard, meja, alatulis,TV with DVD player, bahan bantu mengajar dll....untuk activity school-at-home & menyimpan peralatan belajar/bermain/learning tools. Tidak dinafikan, kadang-kadang anak-anak mahu merasa seperti bersekolah juga. :)

3. Learning & activity facilities yang dapat digunakan secara rutin- seluruh rumah, padang, playground, swimming pool,  perpustakaan,masjid yg sesuai etc.

4. Social & educational events to attend.

Senarai di atas adalah secara umum, pastinya realiti yang berlaku berubah-berubah mengikut keadaan semasa. Contohnya, selama 2-3 bulan anak-anak melalui proses radical unschooling, classroom tidak digunakan langsung kerana umminya tidak sihat. Di sinilah pentingnya objektif supaya tidak lari dari 'bottom-line' target....seperti mengaji & latihan membaca.

Masih terlalu banyak yang perlu dipertingkatkan...namun bersama setiap bebanan yg bertambah itu, dapat saya rasakan terlalu banyak juga pertolongan & petunjuk yg Allah berikan. Alhamdulillah syukur ditemukan dengan insan-insan yang sentiasa positif dan proaktif dlm arena pendidikan.

Doakan semoga segala urusan semakin dipermudahkan dan rezeki ilmu buat kita semua semakin bertambah untuk tahun 2014 dan seterusnya.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir

No comments:

Post a Comment