Pages

Saturday, May 23, 2015

Bagan Lalang....camping 2015

Bismillahirrahmaanirrahim...

Hampir 2 tahun berlalu sejak camping yang pertama dahulu...masa tu baru mula homeschool si kembar. Mac haritu, kebetulan ada homeschoolers meeting di PPAS Bangi, seterusnya kelas 2D Animation Ayman di Cyberjaya, maka teruslah menyambung perjalanan balik ke Bagan Lalang.

Terasa benar bezanya kali ini..mungkin sebab all 5 boys dah besar, mudah sikit untuk diuruskan :) .setelah 3 tahun mencerna kehidupan homeschooling...antara yang sempat berlaku...

Modul / lesson plan :

Sebelum :

  • Jadual pasang surut. Jangan tertipu dengan air pasang pagi surut pukul 5...bukan selamanya air pasang di waktu pagi! Jadual yang rasmi boleh didapati dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)...TAPI website pasanglaut ni lagi best sebab boleh tengok secara grafik...mudahlah untuk anak-anak faham graf dan ingat atau salin. Pemahaman pasang-surut ni kemudiannya bolehlah kita hubungkan dengan proses pergerakan dan graviti bulan dan sebagainya.
  • Menulis senarai keperluan yang perlu dibawa. Agihkan tugasan untuk menyediakan barang sehinggalah bertolak. Kalau anak-anak kecil lagi...maka ibubapalah yang kena buat. Anak kecil seawal 3-4 tahun pun sudah boleh membantu.
Semasa perjalanan :
  • Jika ada peta, boleh digunakan bersama anak-anak. Tetapi jika tiada, cukuplah guna google map di handphone sahaja. 
  • Membaca signboard...boleh juga dijadikan modal teka-teki dalam kereta.
  • Mengamati perkara baru sepanjang perjalanan...kebun dragonfruit, kebun kelapa sawit, dan mcam-macam lagilah yang tak biasa anak Klang macam mereka ni nampak.
Di lokasi :
  • Kenalpasti bersama pemilihan tapak perkhemahan yang sesuai. Pastikan tiada benda tajam dan keras seperti batu besar, tunggul, kaca dan lain-lain. Biasalah malam nanti gelap budak-budak memang suka merayap je...jadi kena clearkan untuk mengurangkan risiko kemalangan.


  • Memasang khemah dan mengangkat barang-barang. 
  • Berenang...bagi yang dah biasa berenang di swimming pool, cuba minta  mereka bezakan dua-dua tempat berenang ni...keduanya ada kelebihan dan kekurangannya dan kaitkan dengan kesempurnaan ciptaan Allah vs kekurangan ciptaan manusia.

  • Bermain pasir. ( Terlupa menunaikan janji dengan Umar untuk berlatih spelling dengan pasir ). Bestnya ada 'rumah' tepi pantai...main sampai garing!..walaupun sementara cuma. Boleh google sand activities yang disukai...ada juga aktiviti sains yang boleh dilakukan di tepi pantai contohnya seperti ini.
  • Penentuan arah kiblat menggunakan arah utara dan juga bintang. Seronok bila nampak sendiri apa yg Ustaz Don ajar dan terus praktis. Jika sampai di lokasi pada waktu siang, boleh guna kompas. Kami sampai dah nak maghrib jadi terus jamak maghrib dan Isyak lalu boleh tengok dan cari Buruj Orion iaitu bintang yang berderet 3 tu...(Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak). Tapi ingat ye....buruj ni hanya betul dilihat menghadap kiblat dari Malaysia dan negara sekitar sahaja ketika berada di atas kepala...tak bolehlah pergi ke Eropah guna jugak kaedah ni.
  • Solat - praktikal air mutlak (air laut), tempat solat. Kalau anak yang fussy memang cepat was-was dengan air laut yang tak berapa nak jernih dan pasir yang melekat-lekat di kaki. Inilah latihan untuk yakinkan mereka dan kita juga....Masjid Nabi dulunya tiada lantai marble pun, hanya berlantaikan pasir sahaja. Tetapi iman mereka? Memang jauhlah lagi tinggi dari kita.
  • Pembakaran (campfire) - perkenalkan langkah-langkah keselamatan seperti kenalpasti arah angin, bahan-bahan bakar. Fahami konsep pembakaran. Memang kanak-kanak akan excited terlebih...jadi pastikan keselamatan, tak dicampaknya benda-benda yang merbahaya seperti botol dsb. Jangan lupa juga ambik peluang untuk ingatkan diri dan anak-anak akan kepanasan api neraka....experience based-learning macam ni adalah salah satu kaedah pengajaran Rasul saw dengan para sahabat radhiallahu anhum.

  • Pergerakan bulan...dan kaitannya dengan pasang surut air laut. Di tepi pantai ni lagi senang melihat bulan tanpa gangguan bangunan dan lain-lain. Boleh juga masukkan macam-macam pengajaran yang Allah sebutkan dalam al-quran tentang bulan ni. Terlalu banyak sebenarnya...google je.contohnya di sini
  • Tidur dalam khemah. Nilah pengalaman paling penting dalam camping ni. Anak-anak sentiasa perhatikan cara kita handle masalah. Kalau panas takde angin, nyamuk kita dah merungut...mereka pun akan merungut sama. Tetapi kalau kita yakinkan mereka semuanya ok sahaja...insyaAllah baby pun boleh je tidur lena. 
  • Memukat/ mmancing (bergantung kesesuain) .Memang sesuai sangatlah kalau ada boys kan....abah ajak Ayman pasang pukat ni tgh malam tu...esok pagi bila air surut adalah ikan kecik yang melekat kat jaring tu. Anak-anak akan mempelajari rasional pergerakan ikan dll. bergantung pasang surut air laut. Kalau mereka biasa makan ikan yang dah disiang dan di masak je...masa nilah juga banyak persoalan akan timbul dari fikiran mereka...macam-macam dari anatomy ikan sampailah ke hakikat kehidupan kita sendiri. 
    Ikan kecik je....jadilah utk buat sample & demo...kita bako!
  • Memasak dengan unggun api. Tak sah la kan camping tak masak guna unggun api. Kena start dari awal hidupkan api sampailah masak. Agak-agak juga kat mana nak buat tempat masak ni, semuanya perlu diambil kira. Sebab tu pengalaman tu penting. Bahan asas tentulah kentang dan seafood mana yang ada. Nak advance lagi makan nasi ke terpulang....ummi yang tak rajin ni beli je.
  • dan banyak lagi ilmu praktikal yang boleh dipelajari secara problem-based learning, insyaAllah .Setiap family tentu ada interestnya yang tersendiri. Banyak sangat yang boleh dipelajari bila kita dapat habiskan masa sehari dua di tepi pantai je tanpa perlu balik ke bilik hotel.

Selepas:

Rutin yang biasa kadang-kadang menjadikan kita selesa dalam comfort zone. Hanya dengan latihan outdoor macam ni je kita kenal keperluan asas hidup kita...dan bagaimana manusia boleh survive tanpa tenggelam dalam kehidupan yang self-centred dan materialistik. Kalau kita hantar anak ke kem, macammanalah kita nak tahu apa yg mereka dah lalui...dan kaitkan dengan kehidupan kita sekeluarga bila diperlukan? Tentu lebih mudah bila kita dah lalui kesusahan ni bersama-sama. Syukurnya, hidup kita berkhemah ni sementara...bayangkan kehidupan pelarian di seluruh dunia, mangsa banjir dan sebagainya.

Memang banyak sangat yang dapat dikutip walaupun hanya sehari. Tak sabar nak tunggu diorang besar dan boleh betul-betul camping in the real nature dan lagi adventure. Tarbiyah Allah berhikmah!