Pages

Tuesday, April 14, 2015

Cita -cita....Umar

Bismillahirrahmaanirrahim.

Agaknya memang anak-anak sekitar 6 tahun akan mula mengenali diri dengan lebih mendalam....intrapersonal skill. Kali ini dengan Umar pula. Sambil memasak sarapan pagi, seperti biasa dia akan merebut peluang menemani ummi memasak.

"Ummi, Umar rasa dah tak nak jadi tukang masaklah"
"Kenapa?", ummi cuba mengorek fikirannya.
"Sebab memasak tu semua orang pun kena buat. Semua orang kan kena makan. Jadi tak payahlah cita-cita nak jadi tukang masak?

" Habis, Umar nak jadi apa?"
"Entahlah...jadi angkasawan pun best jugak".

Oh...begitu. Lalu ummi cuba mengingatkannya....

"Jadi apapun, yang penting tugas kita untuk sampaikan Islam. Kalau nak jadi tukang masak, kena ingatkan orang tentang makanan halal dari Allah. Kalau tak jadi angkasawan, jadi saintis angkasa pun boleh. Dalam al-quran ada surah al-buruj. Banyak Allah sebut tentang langit, tentang bintang. Jadi Umar bolehlah belajar. Lepas tu ajak orang ingat pada Allah yang ciptakan langit.

Moment seperti ini banyak mengingatkan...kepentingan homeschooling ni merupakan ruang yang sangat besar untuk kita memasukkan aqidah dalam pemikiran anak-anak. Dalam setiap aspek kehidupan. Perkara- perkara kecil yang mereka fikirkan, sebenarnya adalah peluang besar untuk kita isi....atau ia akan berlalu begitu sahaja.