Pages

Friday, November 23, 2018

SWOT Kapal Karam


Semasa retreat tempohari, salah satu aktiviti LDK yang dibuat ialah kapal karam. Asal objektifnya ialah supaya setiap ahli dapat mengenalpasti kelebihan sendiri yang dapat menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Mereka enam beradik. Ameen dipilih sebagai kapten. Perlu memilih 4 orang yang lain, seorang perlu ditinggalkan untuk mengelakkan lebih muatan. Tinggalkan yang paling tidak diperlukan dan lemah.

Hasilnya...diluar fikiran fasci����

Mereka tidak mahu tinggalkan sesiapa, cari jalan nak bawak jugak yg sorang tu. Semua tak nak cakap kelebihan diri.

Apabila dipaksa juga...

Luqman : Hmmm...aman pandai berenang.

"Haa..luqmanlah tinggal, orang lain naik kapal, luqman boleh berenang!"
Terbalik sudah objektif SWOT analysisnya��Nak cari siapa yg paling boleh survive jika ditinggalkan.

Akhirnya, Ameen terpaksa menolak untuk jadi kapten, letak jawatan. Tak nak pilih siapa kena tinggal. Mungkin takut risiko diboikot selepas itu, atau dia pun tak mahu sesiapa ditinggalkan.

Akhirnya tiada keputusan.
Tak nak buat.

Termenung mak mendengar.
MasyaAllah tabarakallah.
Tak sangka, sangat kuat kerjasama mereka. Nampak je suka bergaduh sesama sendiri. Tetapi takkan ' backstab' atau tinggalkan sesiapun juga. Dah jadi macam tamrin qiyadi pula gayanya.

Selama ini, saya perhatikan mereka begitu bab makanan. Walau sesikit mana makanan yg ada, mereka akan bahagikan sama rata, bahagian ummi abah pun akan diberikan sama, semuanya dibahagi 10. Pastikan semua orang merasa. Kalau abah tiada, sebiji gula- gula pun mereka akan simpan & sorok dlm peti ais, takut Imran nak. Walaupun padahal kadangkala abahnya kat luar makan lg sedap tak ajak��.

Terharu ummi bila fikir hasil LDK pagi itu.
Teringat perintah Allah tentang jaga diri & ahli keluarga dari api neraka.
Semoga mereka adik beradik akan turut melindungi dan menjaga sesama sendiri dari ditinggalkan untuk masuk ke syurga.
Tarik semua adik beradik, ummi abah, keluarga & keturunan kita. Jangan seorang pun tercicir terjatuh ke dalam lautan api neraka, nauzubillah.Sebagaimana mereka takut sangat & tak mahu sesiapa pun ditinggalkan dari kapal di dunia ini.

Kita wajib bekerjasama untuk masuk syurga sekeluarga. Boikot dan jangan ikut cakap sesiapapun yang ajak ke neraka & suruh kita tinggalkan salah seorang dalam perjalanan akhir nanti. Selamatkan semua, jangan tinggalkan sesiapa. Janji.