Pages

Friday, July 4, 2014

twin story : lesson from hafazan

6 tahun...sedang bersedia menunggu ujian saringan

Satu pagi, Luqman datang selepas cuba menghafaz di bilik atas dengan muka sedih. Sebelum tu dia dah hafaz di bawah tapi his another half kept correcting his reading till he got annoyed. He was upset coz he couldn't keep up with Hakeem's progress. When you have another copy of you, competition is inevitable I guess. 

Ummi cuba terangkan....
-Rasulullah saw pun tak pandai baca quran masa malaikat Jibrail as datang bawa wahyu...(and the story of iqra'), yang meletakkan ayat-ayat quran dalam hati baginda hanyalah Allah.

-Ada ketikanya wahyu terhenti, rasulullah saw diejek apabila lama jibrail a.s tidak membawa ayat quran baru...tapi baginda tetap bersabar. Bukan senang Rasulullah saw nak sampaikan quran...kesusahan kita kecil sangat jika nak dibandingkan dengan susah payah Rasulullah saw.

-Rasulullah saw mula menerima wahyu ketika berumur 40 tahun,bukan 4 tahun, sempurna terima quran dan rasulullah saw habis dapat quran bukan 5 tahun, tapi 25 tahun! Sikit sikit,supaya faham dan amal, bukan nak cepat habis.

-Yang menilai pahala kita hanya Allah, lebih susah nak belajar, lebih kuat kita berusaha...lebih banyak pahala di sisi Allah.


Memang setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing, walau sama-sama berada dalam rahim, sama-sama masuk ke dunia dan sama-sama melalui kehidupan bersama.

Kisah pertandingan tahfiz 2013

Ketika singgah di yayasan restu, ternampak iklan pertandingan hafazan. Dengan yakin Hakeem dan kakak di daftarkan...Ayman tak mahu, manakala Luqman pula masih kami belum berpuas hati bacaannya, jadi tidak di daftarkan.

Sehinggalah pada hari pertandingan, kami bertanya Luqman samada dia mahu masuk pertandingan...dgn innocent dia menjawab "nak!".(pada waktu itu, dia masih belum boeh membaca dengan lancar).lalu kami cuba melatihnya menghafaz surah-surah lazim..hinggalah pagi ujian saringan...dia sangat positif walau bacaannya tidak sebaik Hakeem. Syukur akhirnya dia berjaya menghadapi ujian saringan, keluar dengan senyuman, bukan stress atau tangisan. Syukur Allah membuka laluan untuk kami homeschool...keyakinan Luqman semakin baik. Jika di sekolah, peluang begini hanya mimpi untuk Luqman. 


Sebaik selepas ujian saringan
Di hati ummi kalian dua adalah pemenang. Hakeem mendapat tempat kedua dalam pertandingan akhir...manakala Luqman pula pemenang utama dalam dirinya. Semoga kalian berdua membesar menjadi sepasang pemimpin...yang bersama-sama menegakkan al-quran Ameen ya Allah :)


Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan workbook/colouring book/activities list

Lapbook

Alhamdulillah, awesome list of references for ramadhan lapbook has been listed here from rplanfamily. All the best kids!

Colouring book 

1. A simple colouring book that can be read together for early readers from Talibiddeen Jr.

2. We plan to do more iktikaf this ramadhan and this iktikaaf colouring book and other iktikaaf books this resourceful umm had made hopefully can help kids to understand it more...and fill up their time at the mosque too! InsyaAllah.

3. ABC's of Ramadhan from handmade beginnings.




Sunday, June 22, 2014

Natural birth lesson

It was Ameen's 3rd birthday when we had small discussion on his birth...

Ayman has almost clear view after he watched how our last cat had her half body of pretermed fetus dangling out of vagina. He figured out that the kitten was coming out frome another hole between the urethra and anus.

Kakak was confused natural birth with caeserean, probably coz all her three cousins here were born through caeserean.

the smaller brothers remain in the wonderlan...still guessing baby coming out from.

I wanted to do a natural birth lesson, to help them understand. So here's my preliminary research on what resources available ak.a my wishlist:

Books :
1. Hello baby a good reviewed book to prepare kids for home birth.
2. There's a house inside my mummy

Wednesday, May 28, 2014

Kehilangan MH370 : a homelearning lesson.

Bismillahirrahim.

Sesungguhnya berita kehilangan flight MH370 sangatlah memeranjatkan dan mengelirukan. Walaupun kami tiada tv, sedikit sebanyak anak-anak turut mengambil tahu apabila kami mula mengikuti updates dari Astro Awani online. Disamping berkongsi kesedihan dengan kehilangan penumpang-penumpang, walaupun tidak seorang pun kami kenali secara peribadi. Perbincangan tentang teknologi aeronautik yg sebelum ini  tidak kami ketahui juga sedikit sebanyak dapat dipelajari.

Minggu sebelum kejadian, Ameen sempat grab sebuah buku tentang airplane semasa ummi sudah mahu check out di kaunter. Nasib masih ada kekosongan ...rupanya banyak betul hikmahnya, buku itu membantu anak-anak kecil prasekolah ini faham proses check-in pesawat komersil, peranan pilot dan air-controller, take-off & landing...proses yang mungkin nampak simple dan common sense bagi kita yg dewasa, tetapi rupanya baru bagai anak kecil.

Selain itu, kami juga mula menggunakan website flight radar  untuk melihat kesibukan trafik, laluan udara danjuga geografi secara tidak langsung. Apabila ada family yang menaiki kapal terbang, bolehlah kami  mengesaan maklumat penerbangan seperti lokasi dan altitude pesawat dengan mudah dan real-time. Contohnya, ketika tokma&tok ayah pergi  menunaikan umrah dan Ayah chik ke Jakarta.

Pengajaran yang paling utama ialah....sehebat manapun teknologi dan kemahiran yang dimiliki manusia,  hanya Allah jua yang lebih mengetahui segalanya. Semoga ilmu yang kita perolehi tidak sekali-kali membuatkan kita kufur dengan nikmat Allah, lalu mengingkarinya.

Semoga kesudahan dan takdir yang baik buat semua penumpang dan crew MH370. Sehingga saat ini, masih belum ditemui sebarang bukti pengakhirannya. Hanya Allahlah Yang Maha Mengetahui segalanya.


newborn sofeya & homeschooling

Alhamdulillah...tempoh pantang sudah berlalu...dan ini adalah 'reflections' on our homeschooling during the period when ummi is not easily accessible to help with their schooling.

Sebenarnya, memang lesson plan untuk tempoh berpantang ini sangat minimum. Bottom line ialah setiap hari cuma buat latihan hafazan. Secara realistiiknya, mmg tiada plan untuk akademik. Kalau adapun, memanglah terlalu sedikit. Hafazan pun samada sesama mereka atau mereka  datang ke bilik...ummi akan tengokkan workbook atau bacakan buku untuk Umar & Ameen...sampai hilang bukunya pun ada (syukurlah kena denda RM10 je...rezeki)
Kakak menghafaz bersama Sofeya-2 minggu

 Tetapi bila diluaskan skop pembelajaran kepada lifeschooling, ummi percaya anak-anak dapat banyaaaak pelajaran baru dengan kelahiran Sofeya. Yelah, mana ada subjek atau chapter tentang kelahiran adik baru dalam mana-mana silibus sekolah...alhamdulillah, mereka berpeluang melaluinya sepenuh masa bersama as a family. Daripada cara memandikan adik, memakaikan baju adik, menukar diapers adik, macammana adik menyusu ibu, masalah-masalah bayi seperti reflux susu (muak) semuanya diiringi pertanyaan berdasarkan curiosity masing-masing.  Contohnya, Umar selalu bertanya baby ni boleh buat apa, Hakeem pulak memerhatikan adik menyusu dan cuba relatekan cara ummi menyusukan luqman & Hakeem dulu. Semua pun cuba mahu memegang dan meriba baby ni...

Bila dibandingkan, pelajaran akademik dalam buku bila-bila pun boleh catch up,tetapi pengalaman menyambut adik baru ni hanya datang apabila tiba masanya. Jika termiss, kenalah tunggu dapat adik baru lagi baru boleh belajar....hehe :)


Setiap 'life event' yang berlaku juga adalah sebahagian lesson plan dari Allah...kan!


Semoga anak-anak membesar dengan pengalaman berharga menolong abah menguruskan rumah daan menguruskan diri sendiri serta adik-beradik. Ya Allah, jadikanlah mereka membesar sebagai  insan yang prihatin, rajin membantu dan berhati mulia. Ameen.

Thursday, April 17, 2014

Unschooling...Islamikkah?

Bismillaahirrahamanirrahim.

Bagi yang ada mengkaji tentang kaedah homeschooling, pasti akan turut bertemu dengan konsep 'unschooling'.

Konsep ini walaupun sebenarnya merupakan konsep pembelajaran umat manusia sejak nabi Adam a.s hinggalah ke zaman umat Nabi Muhammad saw, telah diketengahkan semula setelah wujudnya kekurangan dalam sistem persekolahan oleh John Holt setelah meneliti perbezaan ketara antara pelajar di sekolah, dan anak kecil yang belum bersekolah.


Apa istimewanya konsep 'unschooling'?

1. Kehidupan = pembelajaran, pembelajaran itulah kehidupan. All of us learn and discover new things as we live. What matter most in our learning is what matter most in our lives. Seorang anak yang perlukan makanan akan belajar tentang makanan,cara memasak, rasa, texture, khasiat dll. Seorang anak yang melihat awan akan ingin mengetahui ada pelbagai bentuk & jenis-jenis awan. Seorang anak yang bermain hujan, akan tertanya-tanya bagaimana hujan diturunkan...dan begitulah seterusnya.

2. Child-led learning. Apa yang penting bagi orang dewasa, tidak semestinya penting bagi anak kecil. Apa yang penting bagi salah seorang pasangan kembar, tidak semestinya sesuatu yang menarik bagi pasangan kembarnya yang lain. Unschooling membina jatidiri anak. Dia tahu apa yang penting dan disukainya. Apa yang ingin diketahui dan apa yang belum mahu diketahuinya. Dengan cara ini, setiap anak adalah individu yang unik, proaktif dan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

3.Kaedah yang natural. Tidak terikat kepada kurikulum mahupun had usia. Ini memberi beberapa faedah.

Pertama, ibubapa bukanlah 'primary source of knowledge'. Tidak seperti guru di sekolah, ibubapa tidak perlu menjadi guru yang tahu semua subjek dan perkara. Jika mereka ada pengetahuan, mereka boleh memberi input. Jika mereka kurang pengetahuan tentang sesuatu, ibubapa juga akan turut belajar bersama anak-anak. Ini memberikan pengalaman yang realistik kepada anak. Tidak semua perkara diketahui oleh orang dewasa. Anak-anak juga akan memahami yang belajar itu bukan tugas kanak-kanak sahaja, tetapi selagi ada perkara yang tidak kita ketahui. Di samping itu, mereka juga bebas belajar dan mengambil pelajaran dari sesiapa sahaja yg ditemui....tutor di kelas aktiviti....pakcik dan nenek, penjual kuih, pakcik penjual aiskrim mahupun jirantetangga.

Kedua, tidak semua yang dipelajari perlu dimulakan dan mengikut apa yang telah disusun. Contohnya untuk pembelajaran matematik, anak-anak tidak perlu mempelajari tambah tolak dan bahagi mengikut susunan silibus dan aras umur. Mereka perlu tahu membilang apabila mereka bermain hide-and-seek, mereka perlu tahu menambah jumlah mata di scoreboard untuk mengetahui pemenang dan mereka perlu tahu membahagi apabila muffin yg mereka masak perlu dibahagikan samarata. Mereka juga belajar pecahan apabila perlu memotong pizza. Begitu juga dari segi bahasa, mereka belajar apa yng dijumpai. Lebih banyak bahasa mereka temui, lebih banyak bahasa yang mereka tahu. Lebih banyak vocab yang mereka tidak tahu, lebih banyak juga yang mereka perlu cari makna dan pelajari.  Mudah kata, ilmu dipelajari untuk terus diamalkan. Ini juga membuatkan unschooling lebih bersifat hands-on dan on-the-go.

Ketiga, anak-anak boleh belajar mengikut kemampuan dan gayanya sendiri. Jika mereka telah pandai membaca dan menulis, mereka akan belajar secara membaca dan menulis. Jika mereka belum bersedia, ada banyak lagi cara untuk mereka mengorek ilmu pengetahuan. Bertanya orang lain, berbincang, menonton video malah juga melalui permainan game. Luqman, umpamanya, menghafaz dengan mendengar kerana belum lancar membaca, tetapi Hakeem menghafaz dengan membaca ayat yang mahu dihafaz kerana telah lancar. Walaubagaimanapun, hafazan Juz Amma mereka hanya berbeza sebanyak 1-2 surah sahaja! Ini bermakna tiada yang dapat menghalang anak mencapai apa yang mereka mahu walaupun ada kemahiran yang belum dikuasainya.

Keempat, 'unschoolers' boleh dan akan belajar dan mengamalkan kurikulum atau mengambil peperiksaan apabila mereka merasa itu adalah suatu keperluan. Dalam hal ini, kurikulum dan peperiksaan tidak menjadi matlamat tetapi hanyalah alat yang diperlukan dalam sesuatu fasa kehidupan. Sebagaimana seseorang perlu mengambil ujian lesen memandu sebelum dapat memandu dengan selamat dan selesa di jalanraya, begitulah seorang anak akan mengambil SPM atau iGCSE jika mereka mahu melanjutkan pelajaran ke universiti. Tetapi, ia tidak bermakna mereka tidak pandai/boleh memandu motosikal jika tiada lesen!

Kelima, tiada had usia untuk belajar. Anak lima tahun bebas belajar tentang astronomi, dan anak 11 tahun juga masih bebas mempelajari asas tajwid. There is never too early or too late to learn. When they are interested and ready to learn, that is the best time.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, 'unschooling' adalah kaedah pendidikan yang dilalui para rasul terdahulu. Ia suatu kaedah fitrah. Lihatlah Nabi Ibrahim a.s yang bertanya dan mencari tuhannya ketika mula melihat alam, lalu terpaksa pula menentang arus fahaman kaumnya. Lihatlah Nabi Muhammad saw yang terdidik oleh suasana perkampungan badwi Bani Saad, seterusnya mengembala kambing dan berniaga. Semuanya adalah susunan tarbiyah Allah dalam membentuk fikrah dan iman seseorang.

Tidak dinafikan, kaedah 'unschooling' mungkin adalah kaedah yang membuatkan ibubapa yang terbiasa dengan sistem akademik akan berasa 'tidak selamat'. Namun, dengan membekalkan persekitaran yang kondusif untuk anak mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang difikirkan sepanjang hidup mereka, adalah diharapkan mereka dapat membesar dengan jatidiri dan dayafikir yang kuat, insyaAllah.


Perubahan paradigma untuk 'unschooling':

  • Menekankan proses bukan result. Itulah sebenarnya asas dalam pendidikan Islam. Kita sentiasa diberi galakan untuk beramal sebanyak mungkin, sementara hasilnya hanyalah keredhaan Allah. Ia menghasilkan sikap takut dan harap.Takut apa yg dilakukan belum cukup baik, dan mengharap apa yg telah kita lakukan memberi manfaat, jika tidak di dalam kehidupan dunia ini, di akhirat kelak. 

  • Tiada ujian untuk menguji pencapaian anak-anak,melainkan ujian hidup itu sendiri. Jika anak tidak pandai membaca, ujiannya bukanlah dengan gagal memahami soalan peperiksaan, tetapi susah untuk memahami buku yang mahu  dibaca. Tidakdapat membaca label atau arahan dikotak permainan dan sebagainya. Untuk solat pula, anak-anak tahu yang mereka perlu menghafaz, memahami bacaan dan pergerakan solat. Untuk mengatasi 'ujian' hidup seperti ini, anak-anak akan merasakan keperluan untuk terus mempelajari perkara-perkara penting dalam hidupnya. Baik atau tidaknya pencapaian mereka, akan dinilai sendiri oleh diri, ibubapa, keluarga,  pengalaman hidup dan persekitaran.

  • Belajar sebagai cara hidup. Bermula sejak dari dalam kandungan, berakhir di liang lahad. Tiada istilah, 'sudah mula bersekolah' atau 'sudah tamat bersekolah' atau ' sudah bergraduasi'. Lebih kerap berlaku dalam kehidupan kita, pelajaran yang sebenar hanya bermula selepas kita 'tamat bersekolah' dan memasuki alam kehidupan sebenar. Dengan 'unschooling', fasa 'persekolahan' itu tidak wujud berasingan dengan fasa 'kehidupan'.

  • Anak kecil tidak tahu apa-apa, perlu mengikut orang dewasa? Tidak tepat. Kembalilah kepada kisah nabi Ibrahim a.s yang menegur kaumnya. Kisah Musa a.s yang menegur bapa angkatnya Firaun. Kisah nabi Muhammad saw yang terkenal dan dihormati sebagai al-Amin. Sebenarnya,anak kecil lebih dekat pemikirannya dengan fitrah. Oleh itu, pemikiran mereka lebih cerah dari kebanyakan dewasa. Mereka tidak mudah faham mengapa perlunya belajar untuk peperiksaan, kerana fitrah belajar hanyalah untuk mendapat ilmu dan beramal, bukan untuk diuji dan dibanggakan pencapaian.  


Wednesday, April 16, 2014

Case study : Unschooling & kelahiran Sofeya

Bismillhirrahmaanirrahim.

Kira-kira sebulan yang lalu dan akan datang memang tempoh yang agak membosankan untuk aktiviti homeschooling kami. Apabila ummi dah tak larat nak keluar rumah membawa perut yg semakin berat di tambah minggu berpantang, banyak program best2 yg terpaksa dibiarkan berlalu. They are totally on their own most of the time. Mungkin inilah peluang menghayati dan menguji betul ke teori unschooling John Holt ni.

Hasilnya.... ada yg mengadu mahu kembali bersekolah semula kerana kebosanan. Ada sekumpulan yg mulakan experiment (read:bermain) sendiri.....ada yang masih setia membawa buku library minta ummi bacakan...dan si kecik yang sentiasa setia membawa colour box ke atas & bawah...mewarna apa sahaja kertas yg dijumpai.

Bottom line is...kids are kids. They are designed to learn, explore and keep themselves busy to find out what this new world is all about. Yang kecil belajar & memperhatikan yang besar...yang besar pula perlu belajar apa itu tanggungjawab kehidupan.Walaupun di mata orang dewasa...mereka hanya 'bermain'.

Memandangkan sebelum bersalin haritu risau juga dgn progress homeschooling anak-anak, jadi mungkin patut juga direkodkan di sini sekadar rujukan.


Persediaan untuk 'homeschooling-unschooling' waktu berpantang...

  1. Bekalan buku baru yang mencukupi. Alhamdulillah, setiap bulan kami dapat meminjam lebih 30 buah buku dari perpustakaan yang perlu dihabiskan sebelum tarikh pulang. Jadi sentiasa ada sebab mengapa perlu menghabiskan bacaan.
  2. Subscribe to an online course. Anak-anak saya sedang menggunakan reading eggs program. Disebabkan setiap seorang mempunyai akaun dan levelnya masing-masing, jadi mereka berlumba-lumba menghabiskan jumlah lesson yg terbanyak sesama mereka. Program online begini boleh dilakukan di dalam rumah dan lebih mudah dikawal oleh ibubapa. Kami juga tetap menggunakan PC untuk anak-anak beronline, kerana ia dapat dikongsi/dilihat bersama-sama, membolehkan proses lebih 'engaging' berbanding gadget digital yang lain. 
  3. Bekalan alat permainan/bahan pembelajaran yang berterusan. Lebih baik disediakan bahan asas atau permainan asas yang boleh digunakan sendiri berulang-kali oleh anak-anak tanpa jemu. Contohnya lego, pensel warna atau crayon,cat atau warna yang sesuai, kertas kosong, gam, gunting, cellotape, kertas mahjong, manilla card, kotak cardboard, botol kosong atau apa-apa sahaja bahan asas yang boleh mereka gunakan untuk sebarang 'projek bebas' dengan sendiri.
  4. Establish a routine. Kanak-kanak terutamanya yang kecil perlukan rutin untuk membina keyakinan dan disiplin hidup. Jadual harian yang telah diamalkan sejak beberapa bulan sebelum tempoh berpantang boleh mengurangkan beban mendisiplinkan anak-anak ketika berpantang.  
  5. Latihan urus diri. Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan holistik dan living skills seperti Montessori atau Waldorf, anak-anak dilatih melakukan kerja-kerja harian seperti menyediakan makanan dan menguruskan pakaian seawal usia. Tiada usia yang terlalu muda untuk cuba melatih mereka. Anak seawal 2 tahun sudah boleh dilatih memakai baju sendiri, makan sendiri, meletakkan pakaian ditempatnya malah tolong menyidai pakaian mereka sendiri. Semua ini dapat membantu ketika ibubapa tidak dapat berfungsi sepenuhnya di rumah.
  6. The less is more. Seringkali kita beranggapan, apabila kita kurang 'membuat' sesuatu, hasilnya juga kurang. Tetapi inilah masanya untuk membuka minda dan melihat sendiri bagaimana anak sebenarnya boleh melakukan banyak perkara walaupun tidak diarahkan. Lebih banyak 'aktiviti' dapat mereka jalankan tanpa gangguan. Walaupun jika dibiarkan, mereka akan terus bermain apa yang menarik bagi mereka...samada online games atau apa-apa permainan, perhatikanlah yang mereka tetap akan ingin belajar sesuatu yang baru setiap hari dalam hidup mereka. Berehat dan perhatikan sahaja. Beri bantuan dan panduan apabila diminta sekadarnya. Lagipun, ini memang fasa berehat untuk diri dan seisi keluarga, tiada apa yang perlu dirasakan rugi untuk sebuah kehidupan yang kurang tekanan :)
  7. Let the whole family enjoy the new arrival. Anak-anak memang suka membantu sekadar termampu...sibukkan mereka dengan menjaga adik, melihat bagaimana adik dimandikan, menolong memakaikan baju dsb. Mereka juga belajar perkara dan proses baru seperti barut, bengkung, bertungku dan lain-lain rutin berpantang. Anak-anak perlu turut memahami nilai dan budaya seperti mengapa ibu selepas bersalin perlu berehat dan bapa perlu mengambilalih tugasan di rumah.   
  8. Jika rutin jadual membuatkan kita stress, tangguhkan ia sementara waktu. Tangguhkan juga larangan yang tidak memudaratkan seperti had masa menonton video atau waktu online.
  9. Dapatkan bantuan jika perlu. It takes the whole community to teach a child. Saudara terdekat, jiran-jiran dan sahabat handai juga mungkin boleh membantu mengambil alih tugas homeschooling anak-anak. Cari peluang di setiap kesempatan supaya ibubapa boleh berehat secukupnya.
Wallahu a'lam.