Pages

Tuesday, July 8, 2014

Ramadhan motivation

Tahun ini ada 4 orang anak syurga yang cuba berpuasa...setakat ini alhamdulillah masih bertahan kecuali satu hari. Sangat kagum melihat mereka tetap bersabar dan tidak mahu berbuka walaupun banyak kali ummi maklumkan kewajipan puasa hanya untuk muslim yang sudah baligh. Kanak-kanak nak berbuka awal boleh saja :)

Ramadhan ini, seboleh mungkin pendidikan tentang ramadhan diterapkan...yg lain-lain biarlah dulu. Inilah masanya yg paling praktikal utk anak-anak memahami hikmah ramadhan dan menghayati kewajipannya.

Antara perkara penting yang diulang-ulang setiap hari...berdasarkan hadith
Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).(Bukhari & Muslim)
1. Kegembiraan orang yang berpuasa: ketika berbuka dan bertemu Allah.

Kita tidak akan faham kegembiraan itu, sehingga kegembiraan hilang daripada kita. Pada satu hari minggu pertama, kakak menyatakan hasrat mahu berpuasa sehingga zohor. Tentulah ummi benarkan kerana mukanya sudah hampir mahu menangis..lagipun memang berulangkali ummi bagitau mereka yang kanak-kanak Allah tak wajibkan berpuasa. Apabila kakak berbuka, si adik kembar juga turut mahu berbuka.

Hasil dari peristiwa ini, mereka akhirnya faham..hanya dengan meminum secawan air sebelum masanya, mereka telah kerugian satu hari berpuasa, dan tiada juga kegembiraan menanti saat berbuka puasa...nothing special is prepared for them, abah & abang Man juga pergi berbuka di rumah tokma. Alhamdulillah, sehingga hari ini, mereka tetap bersabar walau setiap kali mereka mengadu haus atau lapar, ummi akan berkata "Nak berbuka ke...Allah tak wajibkan kanak-kanak berpuasa pun!"

Ya Allah, terimalah amalan anak-anak ini yang berpuasa hanya keranaMu...walau mereka tidak perlu berpuasa.

2.  Pintu ar-rayyan khas buat orang yang berpuasa (hadith)

Setiap kali mereka mengadu haus menjelang petang, ummi akan ingatkan dengan pintu ar-rayyan yang di janjikan Allah khas untuk orang yang berpuasa. Ar-rayyan menurut syarah Dr. Zulkifli al-Bakri adalah lawan bagi perkataan haus, yang vocabnya tiada yg tepat dalam bahasa melayu...kenyang air, hilang haus.
Daripada Sahl bin Sa'ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:Dimanakah orang “ orang yang telah berpuasa? Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja. (Bukhari & Muslim)
Ya Allah, izinkanlah anak-anak ini masuk bersama-sama melalui pintu ar-rayyan kelak di hari akhirat.




No comments:

Post a Comment