Pages

Sunday, November 16, 2014

Penat homeschooling 24/7?....Ibrah Bilal bin Rabah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman homeschooling yang tak semuanya indah....

Melalui bulan-bulan kebelakangan ini dengan suami sibuk dengan urusan keluarganya dan kerja...saya rasa memang penat dan tak cukup tangan. Anak mula kurang berdisiplin dan tanpa suami, memang hampir kecewa saya dibuatnya menguruskan perangai mereka seorang demi seorang. Sabtu lepas, apabila kebetulan suami mahu berehat di rumah, saya pun mencuri peluang untuk 'berehat' dari dunia rumah..hendak balik ke rumah mak abah menghilangkan lelah memang tiada lagi dalam senarai...maka rumah Allah sahajalah pilihan yang paling menenangkan..alhamdulillah... solat maghrib dan isya' di masjid tanpa perlu menjaga anak-anak lelaki yang lasak itu sudah amat bertuah. (Tetapi saya bawa juga Sofeya yang dijaga kakaknya Aisyah.)

Waktu antara maghrib dan Isya' diisi dengan kuliah umum oleh ustaz yang tentulah saya tidak kenali, lantaran jarangnya mengikuti kuliah di masjid. Beliau menceritakan susahnya Bilal bin Rabah mempertahankan keimanannya ketika bergelar seorang hamba abdi. Betapa Bilal dipaksa bekerja berat sepanjang hari dan malam tanpa belas kasihan kerana menjadi pengikut Muhammad saw. Namun, beliau tetap melakukannya di samping terus beriman kepada Allah swt. Tidak sesekali beliau cuba lari atau berputus asa dengan keadaannya itu. Sehinggalah beliau didera di tengah panas terik padang pasir tetapi tetap menuturkan kalimah 'ahad'....ahad'...sehinggalah akhirnya beliau dibebaskan dan kesabarannya terbalas apabila dilantik menjadi muazzin di masjid Nabawi sehinggalah Rasul kesayangannya wafat.

Subhaanallah...Inilah jawapan kepada kepenatan yang saya rasakan...adakalanya terasa sudah tidak tertahan dan mahu berputus asa sahaja, tetapi hakikatnya ujian yang dilalui masih sangat jauh jika dibandingkan dengan kepenatan Bilal... beliau tetap bertahan demi keimanan kepada Allah dan rasulnya. Demi memastikan Islam yang dibawa Rasul saw tertegak dan disampaikan ke seluruh alam. Begitu juga dengan ahlul bait dan para sahabat baginda yang terawal memeluk Islam dan beriman. Mereka mengorbankan segala kesenangan hidup demi memastikan Islam terus tersebar. Bukankah itu juga matlamat homeschooling ini? Untuk menyampaikan risalah tauhid kepada ahlul bait kita dan seterusnya kepada masyarakat...

Menongkah arus membawa amanah iman memang bukan mudah...tetapi inilah jalannya yang telah ditunjukkan dan dilalui oleh mereka yang terdahulu. Tarbiah dari rumah. Walau ke mana anak-anak akan pergi sekalipun, tanggungjawab menyampaikan risalah tauhid adalah tanggungjawab ibubapa. Apa yang kita tanam hari ini, itulah harta sebenar yang akan kita tuai nanti di akhirat kelak, insyaAllah.

Memetik kata Ustazah Norhafizah Musa...
Ya Allah...aku sangat penat,
tetapi...penat lagi jika kepenatan ini tidak diterima dan diredhai olehMu :(

Semoga semua amal kita yang sedikit ini diterima olehNya dan mampu menjadi penghindar dari azab neraka di akhirat kelak. Aameen.

Monday, October 6, 2014

Cara menangani soalan "KENAPA....?"

Assalamualaikum wrh.

Jika puan/tuan ada anak-anak, hidup bersama kanak-kanak atau bekerja dengan kanak-kanak ataupun rajin melayan kanak-kanak, tentu pernah ditanya 'WHY question' kan? Soalan 'kenapa....' biasanya mula ditanya oleh kanak-kanak selepas berlalu fasa 'apa', 'siapa' dan 'mana'...selalunya bermula umur 2yo+ sehinggalah mereka membesar.
Gambarajah 'taxonomy of cognitive domain' (revised) yang menunjukkan peringkat pembelajaran. Yang paling bawah adalah paling banyak dilakukan, yang di atas semakin kurang tetapi semakin detail dan rumit.


Dalam pendidkan, soalan 'apa', 'siapa'dan 'mana' menjawab keperluan kognitif aras rendah dalam Bloom's taxonomy , iaitu mengingat dan memahami. Apabila anak-anak sudah tahu tentang sesuatu benda atau perkara, sifat semulajadi otak yang ingin menganalisa, menilai seterusnya mencipta (kemahiran kognitif aras tinggi) terus berlaku jika tidak direncatkan oleh orang dewasa. Sebab itulah bila anak dah tahu nama benda, dah faham fungsi benda, dia akan cuba membandingkan suatu benda dengan yang lain dan asyik bertanya kenapa kenapa kenapa....haaa, boleh tahan pening jugak dibuatnya dengan WHY question ni kadang-kadang.

Jadi, bagaimana cara terbaik nak menjawab soalan 'kenapa?' anak - anak ni? Perlukah kita menjadi ensiklopedia bergerak dulu....huhu...tak buat kerja lainlah jawabnya ^_^

Ini adalah cara yang dicadangkan oleh puan Bernadette Tynan, seorang pakar antarabangsa dalam bidang kanak-kanak istimewa dalam bukunya 'How to help your children learn' :-

1. Jangan jawab terus atau rasa tertekan untuk menjawab

Kenapa? Sebabnya bila kita terus jawab, anak akan belajar satu perkara atau peringkat sahaja...iaitu download information. Dari segi kognitifnya, tahap pemikiran anak akan tetap berada di aras rendah iaitu mengetahui dan memahami. Jadi tak payahlah takut anak fikir kita tak pandai nak jawab pulak dan kena memerah otak nak jawab jugak.

2. Tanya semula anak itu agaknya apa dia fikir jawapan kepada soalannya.

Bukan sahaja kita tidak berisiko memberi jawapan yang salah atau terkedu nak jawab.....kaedah ini dapat merangsang kemahiran logik, fikiran kritis dan juga 'reasoning'.

Contohnya :

Anak : Kenapa Allah jadikan nyamuk, ummi? kan dia suka hisap darah orang
Ibu : ok, nyamuk ni kelebihan dia apa? Kalau nyamuk hisap darah orang apa yang akan jadi? Nyamuk hisap darah orang untuk apa?

Tiada jawapan yang salah atau betul. Yang pasti, dengan memandu anak berfikir beberapa kemungkinan jawapan kepada soalannya, kita telah mengaktifkan otaknya (dan otak kita juga!) untuk menganalisa data-data yang sedia ada dalam ingatan dan kefahamannya (aras kognitif rendah) lalu menghubungkan dan menganalisanya untuk mencipta konsep yang baru (aras kognitif tinggi). Lebih menarik jika sessi berfikir jawapan ini turut disertai oleh kanak-kanak lain. Lebih banyak kemungkinan jawapan dan lebih banyak sel-sel neuron yang berhubung.




Monday, September 29, 2014

Kesan buruk superheroes kepada anak- anak

Bismillahirrahmaanirrahim

Anak-anak lelaki memang biasanya didedahkan dan mudah tertarik dengan tayangan 'superheroes' seperti Ultraman, Ironman, Superman dan macam-maacam lagi. Walaupun ada juga yang berpendapat ianya 'normal'...sudah lumrah anak lelaki dibiarkan menonton aksi ganas, berlawan dan berperang....

TETAPI....setelah sepuluh tahun bersabar dan memerhatikan sahaja anak-anak dihidangkan dengan watak-watak rekaan ini, akhirnya saya sangat bersetuju jika anak-anak diharamkan untuk menonton aksi ganas yang digalakkan oleh siri-siri superheroes ini. Kesan buruknya sangat ketara menghancurkan pemikiran suci anak-anak ....tidak hairan lahirnya generasi yang tidak peduli dan tiada rasa tangguungjawab atas kezaliman yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

1. Kesan kepada aqidah

Sebenarnya, usia lahir hingga tujuh tahun adalah usia penting untuk menanam aqidah yang kuat...yang Allah adalah segala-galanya. Yang Maha Berkuasa, tuhan sekalian alam. Bukan tidak biasa anak-anak yang ditanamkan hal ini, mahu berada di 'pihak Allah' ketika 'main lawan-lawan'. Cuba bandingkan apa yang sebaliknya ditanam oleh 'superhero buatan ini? Yang kuat adalah mereka. Kuasa luarbiasa entah datang dari mana...tidak langsung mengingatkan anak-anak yang jika ada pun kelebihan pada makhluk, ia hanyalah sekadar kurniaan Allah swt. Apalah yang mampu diharapkan dari watak-watak sebegini yang dicipta oleh mereka yang memang tidak mengaku bertuhan! Sifat membesarkan makhluk ini amat berbeza jika dibandingkan dengan 'superhero' yang di paparkan dalam kisah kartun Nabi Daud contohnya, yang mampu melawan Talut dan tenteranya hanya dengan melastik sebiji batu dengan izin Allah swt. Mahu perkenalkan yang mana? Pilihan di tangan kita ibubaapa.

2. Kesan kepada pembangunan emosi dan psikologi

Apabila kehebatan superhero ini tertanam dalam diri anak-anak, siang dan malamnya mudah diisi dengan imaginasi aksi bergaduh dan berlawan, walaupun secara main-main. Anak-anak bermain secara ganas tanpa sempat memikirkan kesan dan risiko kesakitan dan kecederaan kepada orang lain. Memang inilah sikap superhero-superhero tersebut. Walaupun mereka tahu ia adalah watak rekaan, tetapi mereka lupa yang dilawan di rumah atau di sekolah adalah adik yang merupakan manusia baik, bukannya jahat. Secara tidak langsung, sifat empati dalam diri mereka berkurangan dan terbantut perkembangannya. Keganasan menjadi mainan.

Idea 'mass destruction' demi untuk melawan 'kejahatan' yang dipaparkan dalam siri superhero beginipun memang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Jika anda biasa menontonnya, fikiran kita akan tertumpu kepada superhero yang sedang berlawan, tetapi dalam masa yang sama 'subconsciously' fikiran kita dilatih untuk tidak menghiraukan kerosakan bangunan, kebakaran harta-benda, kematian dan kecederaan orang awam di sekeliling aksi tersebut. Ini amat berbeza dengan akhlak 'peperangan' dalam Islam yang sangat prihatin dengan kesan kehancuran kepada orang awam dan harta benda. Hasilnya, kurang simpati dan kekecewaan melihat rumah-rumah rakyat Palestin dan Syria dihancurkan dalam peperangan...sebab dah 'biasa' tengok Sikap 'tidak kisah', 'itu masalah mereka' inilah yang akhirnya kita lihat ramai umat Islam yang masih leka melayan nafsu dan mementingkan diri sendiri walaupun saudara seIslam sedang dibom dan dibunuh di sana-sini. Bukan sedikit juga kita dengar kejadian accident yang tiada orang berhenti menolong, mangsa ragut yang orang sekitar hanya menjadi penonton. Memang siri-siri ini melatih kita sekadar menjadi 'penonton'.

3. Menonjolkan imej seksual yang salah.

Jika diperhatikan siri superhero ciptaan barat pula, pasti ada heroin yang berpakaian seksi dan tidak senonoh yang ditayangkan. Demi menjadi 'sporting' dengan anak, kita sebenarnya telah menyampaikan mesej yang salah kepada anak. 'Takpe tu orang putih" adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal. Segala yang tidak disukai Allah, sepatutnya tidak juga disukai kita. Ibubapalah yang sepatutnya menghalang anak-anak menonton yang haram dan menggalakkan anak menundukkan pandangan. Dengan menggalakkan anak menonton, kita sebenarnya sudah tidak berfungsi sebagai pagar yang menghalang anak-anak dari api neraka. Semoga Allah mengampuni kita.

Tindakan ibubapa....

1. Jika anak sudah biasa menonton superhero rekaan ini, masanya untuk kita kurangkan secara beransur-ansur jika sudah terlanjur, seterusnya ban terus! Dengan harapan, kesan buruk yang tertanam dalam minda anak-anak dapat dihakis sedikit demi sedikit sehingga mereka akhirnya melupakannya.

2. Gantikan aktiviti anak-anak dengan perkara yang membawa ketenangan kepada minda, contohnya bacaan al-quran, bermain dengan alam semulajadi dan aktiviti fizikal lain. Bagi anak-anak yang hyperactive, boleh galakkan mereka melakukan aksi lasak seperti bersukan, memanjat dan melompat dengan kaedah yang selamat. Dengan ini, otak anak berada pada frekuensi gelombang yang lebih rendah dan tenang. Tenaga yang berlebihan juga dapat disalurkan dengan cara yang lebih baik.

3. Menyemaikan sifat empati dan prihatin dalam diri anak-anak. Sikap bertanggungjawab dan sensitif kepada kesusahan orang lain.

4. Menggantikan superhero rekaan dengan superhero nyata iaitu para rasul, nabi dan sahabat yang berjihad di jalan Allah.

5. Zikir ya latif ( yang Maha Lembut) bagi anak yang telah tertanam sifat kasar dan ganas.

Semoga anak-anak kita dilindungi dari pengaruh negatif superhero rekaan ini dan hatinya dekat dengan Allah swt dan RasulNya saw.


Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan getaway : mosqueschooling review Masjid Negeri MSSAAS

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,  dapat juga rezeki kami menjadi tetamu rumah Allah sekali lagi ramadhan pada tahun ini..harapnya masih sempat diulang dalam 10 ramadhan terakhir. Tarikh yg dipilih adalah malam nuzul quran, semoga tarikh bersejarah ini dapat menjadi titik tolak untuk tarbiyah ramadhan-quran-lailatul qadar utk kami sekeluarga. Mahu berkongsi pengalaman ini kerana beberapa tahun sebelumnya, kami hanya beriftar sahaja. Wish we've thought/ heard about it earlier. Hanya pada tahun lepas kami sempat melakukannya di malam terakhir ramadhan. Azam tahun ini semoga dapat menambah baik lagi pengalaman mosqueling ini...idea yang bernas dan baik amatlah dialu-alukan :)

Memilih masjid yang sesuai menjadi satu persoalan penting sebab walaupun masjid terdapat di semua tempat di Malaysia ini, bukan semuanya mesra kanak--kanak, bukan semua mesra i'tikaaf. Buat masa ini, kami amat selesa dengan masjid negeri sebab...

1. Kawasan luas : sesuai untuk anak-anak kecil yang memang tak dapat dielakkan dari kelakuan superaktif. Masjid yg luas memberi gap yg selesa antara ruang beribadah/ solat dengan ruang kosong untuk kanak-kanak, walau bising, bunyinya terserap dan tidak mengganggu berbanding surau/masjid kecil, jatuh sikit pun semua jemaah boleh dengar. Di masjid ini juga solat jemaah dilakukan di tingkat atas, jadi amat selesa untuk family berjemaah di bawah tanpa mengganggu jemaah yg inginkan kedamaian dari 'gangguan' anak kecil menangis dan sebagainya...alhamdulillah, almost no issue at all :)

2. Keselamatan: ada pak & mak guard yg berjaga dan mengawal persekitaran...selain itu perlu brief anak kecil tentang peraturan e.g. tidak boleh merayau bersendirian, mesti berteman, beritahu cepat jika mahu ke toilet etc. Gerai jualan juga telah dialihkan ke luar bangunan masjid, lebih tenang tak macam pasar malam dah dan lebih selamat untuk kanak-kanak...syukur!

3. Semua ada : sepertinya masjid ini sangat bersedia & welcome tetamu Allah yang mahu beriktikaaf..ada ruang yang boleh dijadikan tempat tidur muslimin & muslimat tanpa mengganggu ruang solat, dengan peringatan dan kawalan keselamatan yg baik juga disediakan. Jemaah pun sangat best dan mesra keluarga, membuatkan ramai juga keluarga lain yang sama bermalam di sini. Ada ketikanya terasa seperti suasana di masjidil haram pula (dalam skala Malaysia lah ya)

Persediaan:
Go for basic...sebab tujuannya adalah untuk kita tinggalkan sementara harta & kemudahan dirumah yang biasanya adalah berlebihan dan fokus kepada ibadah

1. Pakaian : bergantung kepada tempoh iktikaaf di masjid: sepasang dua persalinan pun mencukupi untuk anak yg besar, yang baby memang memerlukan lebih.

2. Comforter/sleeping bag/cadar : Sebaiknya sediakan hamparan untuk tidak mengotorkan karpet/lantai masjid. Bantal mungkin tidak perlu, kerana matlamat kita bukan keselesaan...nanti terlebih lena pula!

3. Makanan : Seminimum mungkin, iftar dan sahur ada disediakan oleh pihak masjid, bukan kuih muih sahaja ya...katering lengkap nasi lauk sayur semuanya... jika ada rezeki. Tapi stand by roti etc. juga jika ada anak fussy eater..atau makanan yg disediakan tak mencukupi...berikanlah kepada yang lebih memerlukan..student, orang tua dll. Air panas dan sejuk jika perlu boleh diperolehi dari water dispenser yg disediakan masjid. Jika cuaca panas, selimut pun tak perlu tebal..kain pelikat pun cukup insyaAllah.

4. Permainan/buku/ bahan belajar/bahan aktiviti yang relevan utk anak-anak sibukkan diri , diam dan tidak menganggu orang ramai. Antara topic yang boleh diulangkaji ialah nuzul quran & laylatul qadr, reading quran, kelebihan iktikaaf, zikir dll.. There is also a nice workbook/colouring book by rplanfamily on i'tikaf yang kami tak sempat print & buat, insyaAllah will do it in the next coming days.
Antara buku-buku yang sempat dipilih di library Raja Tun Uda, seksyen 13 sebelum datang ke MSAS...bekalan utk bacaan semasa di masjid dan selepasnya.
5. Pilih tarikh yang bersesuaian...kuliah dan program masjid yang boleh turut disertai. Elakkan malam yang ramai crowd jika ada anak kecil untuk tujuan keselamatan. Jika tak mampu, bolehlah target malam ganjil dalam 10 ramadhan terakhir...memang lain suasananya berqiyam di rumah dengan di masjid. Lebih mudah fokus dan lebih tenang.

Itinerary :

Ni sahaja yang kami mampu lakukan sepanjang berada di sana...semoga dapat improve lagi next time

Kami sampai sebelum asar...sebaiknya solat sunat tahiyatul masjid, letakkan barang di tempat yg sesuai dan selamat. anak-anak perlu disibukkan diri dengan melukis, mengaji atau menghafaz quran. Kalau tak memang berlarianlah jawabnya, kesian mak guard nak kena datang tegur, penat tau, diorang pun puasa juga kena round satu masjid yg luas tu. Waktu yang terluang memang sesuai untuk anak-anak mencari 'kawan'...biasalah kanak-kanak, yang tak kenal pun boleh main sama-sama dalam masa yang singkat...berkenalan dengan family lain yang sama-sama meraikan rumah Allah...indahkan silaturrahim yang mudah terbina di tempat mulia, dalam suasana yang tenang...insyaAllah ditemukan dengan orang yang baik-baik sahaja..tak macam pergi ke hypermarket atau tempat percutian lain.

Iftar : rezeki hari itu nasi tomato & ayam masak merah..memang favourite anak-anak, so anak yg fussy pun tak sabar2 nak makan. Selebihnya abah belikan kuih. Jika di rumah, sebelum asar lagi anak-anak ini sudah berebut mengorder air sekurangnya 2-3 jenis, tetapi alhamdulillah rupanya mereka (dan bapanya!) boleh sahaja berbuka dengan air mineral tanpa ais...masyaAllah! We never know the bottom line unless being tested. Lepas ni tak payahlah banyak-banyak jenis air sangat ye..banyak kilo boleh jimat gula. Kalau ada kesempatan next time, harus juga beli/bawa bekalan iftar untuk dikongsikan dengan jemaah yang lain. Untuk yang datang berkeluarga, ruang muslimin & muslimat disediakan berasingan. Jadi boleh saja bentang tikar di ruang kosong bersebelahan.
Air kosong pun seronok!


Solat maghrib-isyak- tarawih- Untuk anak yang besar dan boleh berjemaah dengan baik, bolehlah bersolat ditingkat atas...tetapi jika perlukan keselesaan dengan anak kecil, di ruang solat bawah pun sangat selesa. Untuk yang ada anak kecil, boleh bapa bersolat terawih dulu 8 rakaat, ibu tunggu anak (atau sebaliknya) selepas tu tukarlah pula, bapa jaga anak di bawah dan ibu naik ke atas untuk bertarawih. Sudah maksudnya bertarawih itu berehat, memang bagus kalau suasananya tenang dan mendamaikan...rehat dari kesibukan dan gangguan anak kecil macam di rumah. Selepas terawih, ruang masa yang banyak juga boleh diisi dengan bertadarus dan hafazan.
seperti biasa ..bermain kad al-hafiz..lebih selesa dan bersemangat dari di rumah


Qiyam & sahur : Seawal 2.30 pagi sudah kedengaran lori catering membawa juadah sahur..masyaAllah, terasa sudah lama tidak bangun sahur dah ada orang sediakan makan ..macam bila ada mak atau di asrama... ketika kita sibuk memikirkan perut keluarga dan anak-anak kita, ada insan lain yang bersengkang mata untuk berkhidmat kepada orang lain...sungguh rasa kerdilnya sumbangan yang dilaburkan di jalan Allah. Beruntungnya mereka, banyak pahala yg dikutip walau tidak mampu beriktikaaf & selesa beribadah di masjid.
Kalau kat rumah punyalah susah, kat masjid alhamdulillah pukul 4 dah boleh dikejutkan...sempat abahnya bawa keluar cari roti canai  & teh tarik lagi ( bila nasi lauk sambal ikan...ummi makan sedaaap je! )

Subuh : Alhamdulillah..mudahnya jika tidur di masjid...hanya perlu naik ke tingkat atas! bayangkan kehidupan Rasulullah saw yang rumah kecilnya di sebelah masjid...walau dalam kesederhanaan,sangat terasa.indahnya hidup berada di dalam lingkungan masjid.


Sofeya, 3mo. alhamdulillah lena sehingga pagi...no fuss at all

masa yang sangat berharga, ketika anak-anak kecil ( dan besar yg kecundang!) masih lena..tak terganggu dari memikirkan  kerja kerja di rumah .

Sempat mengikuti siaran langsung Tanyalah Ustaz juga :)
Jika bukan bulan puasa, bolehlah terus berjogging dan bersarapan di tepi tasik. Alhamdulillah, dapat juga berkongsi rezeki yang berlebihan dengan ikan dan kura-kura yang sangat friendly dan sedang kelaparan mencari rezeki di awal pagi.
Terima kasih MSSAAS...semoga masih ada rezeki kami kembali di baki 10 ramadhan terakhir 1435H & ramadhan akan datang.
Kesimpulan: Syukur kepada Allah, dapat juga ruang untuk melatih diri dan anak-anak dengan kehidupan di luar rumah...lebih istimewanya, di rumah Allah yang indah. Banyak mengajar erti kesederhanaan, kehidupan yang ringkas memang memudahkan kita untuk fokus dalam beribadah, insyaAllah.

Jika hendak menghantar anak ke Ramadhan camp, biasanya sangat mahal, terutama untuk keluarga seperti kami yang ramai..hanya anak yg besar & bertuah sahaja dapat dihantar. Tetapi ini lebih bermakna kerana seisi keluarga dapat melatih diri, muhasabah untuk mengejar kelebihan ramadhan dan mengamalkannya dengan istiqamah di rumah nanti. Kami juga banyak belajar dari keluarga lain yang sama-sama berada di masjid bersama keluarga. Ada yang kami rasakan berat untuk mulakan dirumah, tetapi bila melihat keluarga lain dapat melakukannya dengan baik sekali, barulah rasa bersemangat.

Last but not least, semoga tarbiyah ringkas ini kekal menjadi budaya anak-anak dan seterusnya dapat mendidik keluarga mereka pula nanti. Buat semua yang telah memudahkan kami, semoga Allah membalasnya dengan pahala yg terbaik disisiNya...terimalah yang sedikit dari kami Ya Allah.

Jom, mosqueschooling!

Thursday, July 10, 2014

Palestin : Mereka golongan terpilih, anakku

Palestin diserang lagi...dalam kemuliaan Ramadhan 1435H ini...

"Ummi, kenapa Israel serang Palestine?"
"  Orang Palestine orang yang terpilih, Allah dan rasul di pihak mereka.  Itulah ujian untuk mereka, sebab Allah sayang dengan mereka. "

Anakku,
Yang lebih ummi risaukan keselamatannya bukan anak-anak Palestine di bumi barakah itu...tetapi anak-anak di bumi ini, negara kita, negeri kita, rumah kita ini.

Anak-anak Palestin lahir dalam semangat jihad dan kesusahan,
tetapi anak-anak kita lahir dalam kelalaian dan kesenangan.

Anak-anak Palestin kenal jelas siapa musuh mereka,
tetapi anak-anak kita keliru siapa musuh mereka.

Anak-anak Palestin benci dengan ancaman agama mereka,
tetapi anak-anak kita suka dan sayang dengan ancaman agama mereka.

Anak-anak Palestin tinggi tawakkal dan harapannya kepada Allah,
tetapi anak-anak kita tinggi pergantungannya kepada ibubapa.

Kematian syahid menjadi impian anak-anak mereka,
tetapi cinta dunia selamanya menjadi buruan anak-anak kita.

Perang menentang kuffar itu permainan mereka,
perang di dalam game dan superhero rekaan menjadi permainan kita.

Sungguh,
Yang lebih ummi risaukan adalah anak-anak kita,
Jika boleh mahu ummi dirikan tembok tinggi setinggi tembok yang dibina Israel,
Supaya anak-anak semua terlindung dari musuh yang mengelirukan,
Yang melalaikan dan mengelirukan.
Yang menyeronokkan tetapi menyesatkan.
Musuh dalam gelak ketawa.


Anak-anakku,
Ingatlah pesan rasul...
Di akhir zaman ini...
Air itulah api..
Api itulah air..

"Kalau panjang umur jumpa dajjal nanti, pilihlah api walau diri terbakar. Mati itu pintu. Air sungai syurga itu buat selamanya"

Ya Allah,
Peliharalah zuriat kami dari fitnah dunia yang menipu,
Rezekikanlah hidup dan mati kami hanya untukMu.


Wednesday, July 9, 2014

Child-led learning : Luqman, dajjal & shahih bukhari

Bismillahirrahmaanirrahim.

Pernah tak baca homeschooling quote:
Ummi is not the best teacher, of course, but life is always one..'moment' like this appears once in a while but when it comes at times we're feeling low and like giving up hs...ummi will take it as a sign & reminder from Allah.

Malam semalam ketika cuba mengingatkan anak-anak tentang games-entertainment, bola (world cup ni kaaannn), ummi turut kaitkan dengan fitnah dajjal. Jadi biasalah...anak yang biasa dibenarkan bebas bertanya ini bersuara

"Mana ummi tahu tentang dajjal ni"
" Rasulullah (saw) bagitaulah!"

Rupanya ia tak terhenti di situ...anak yang secara alaminya bersifat curious itu terus bertanya dan bertanya..sehingga lepas subuh, dah tak terbendung lagi...setiap 5 saat dia ulang " cepatlah...mana dia yang nabi cakap pasal dajjal tu..mana, mana, mana"...haisshhh...sabar jelah!

So, here's the child who can barely read fluently, can't even spell (as yet)...and will easily labeled as dyslexic and passed to kelas pemulihan or special school for 3M or LINUS classes by Julai in standard 1...reading hadith on dajjal in the thick, small font, boring black and white sahih bukhari. Mengeja merangka-rangkak only to fulfill his curiousity on what the prophet said about dajjal. To believe that it is for real, not merely stories and fiction...not like ultraman or doraemon. To have faith that everything mentioned by the prophet is true and only the believers will have faith...not the munafiqun and the kaafirun.

No..he definitely won't remember and cannot recall the hadith if you have intention to test him ( oh..he just read 2 hadiths pun, and then said he was tired..."ummi bacakanlah" as usual))...but the precious thing is that he knows that knowledge, when sourced from Rasulullah saw is the right one to follow, and shahih bukhari is one of the book that compile authentic hadiths from the prophet saw. And a reminder, when it comes from Rasulullah saw means that it also a reminder from Allah...

" Dan janganlah kamu mengadakan tuhan lain selain Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu" ( Az-zariyat:51 ) ...an ayat coincidentally read by abang Man this very same morning..alhamdulillah...thank you Allah for this reminder...of why we homeschool, and not to give up our precious little bundle for little worth of dunya has to offer them.

Trust children. They are in the best of fitrah to seek the truth.


Tuesday, July 8, 2014

Hafazan checklist

This is to record updates on hafazan quran lesson.

Sofeya :  target : complete hijaiyyah by 1yo
flashcard hijaiyyah started 3mo Julai/ramadhan 2014

Ameen : can identify hijaiyyah with baris by end of syawal, hafazan al-fatihah, 3 qul & ayat kursi by 4 yo
flashcard hijaiyyah dengan baris atas, bawah, depan, started Julai/Ramadhan 2014

Umar: Target : complete iqra' 3 by 5 yo september, hafazan al-fatihah, 3 qul & ayat kursi by september 5yo
Ramadhan 2014: resume Iqra' 2

Hakeem : Target: complete juz amma hafazan by 7 yo

Ramadhan 2014: al-muthoffifin

Luqman : Target: complete juz amma hafazan by 7 yo

Ramadhan 2014: al-muthoffifin- must review tajwid

Kakak : Target: complete juz amma hafazan by end of 2014

Ramadhan 2014: al-insyiqaaq

Ayman : Target Khatam quran ramadhan 2014, hafazan juz amma by end of ramadhan