Pages

Tuesday, April 14, 2015

Cita -cita....Umar

Bismillahirrahmaanirrahim.

Agaknya memang anak-anak sekitar 6 tahun akan mula mengenali diri dengan lebih mendalam....intrapersonal skill. Kali ini dengan Umar pula. Sambil memasak sarapan pagi, seperti biasa dia akan merebut peluang menemani ummi memasak.

"Ummi, Umar rasa dah tak nak jadi tukang masaklah"
"Kenapa?", ummi cuba mengorek fikirannya.
"Sebab memasak tu semua orang pun kena buat. Semua orang kan kena makan. Jadi tak payahlah cita-cita nak jadi tukang masak?

" Habis, Umar nak jadi apa?"
"Entahlah...jadi angkasawan pun best jugak".

Oh...begitu. Lalu ummi cuba mengingatkannya....

"Jadi apapun, yang penting tugas kita untuk sampaikan Islam. Kalau nak jadi tukang masak, kena ingatkan orang tentang makanan halal dari Allah. Kalau tak jadi angkasawan, jadi saintis angkasa pun boleh. Dalam al-quran ada surah al-buruj. Banyak Allah sebut tentang langit, tentang bintang. Jadi Umar bolehlah belajar. Lepas tu ajak orang ingat pada Allah yang ciptakan langit.

Moment seperti ini banyak mengingatkan...kepentingan homeschooling ni merupakan ruang yang sangat besar untuk kita memasukkan aqidah dalam pemikiran anak-anak. Dalam setiap aspek kehidupan. Perkara- perkara kecil yang mereka fikirkan, sebenarnya adalah peluang besar untuk kita isi....atau ia akan berlalu begitu sahaja.

Friday, December 19, 2014

Program cuti sekolah 2014- Promosi

Menjelang cuti sekolah akhir tahun ini, kami berhajat membuka home school kami kepada anak-anak lain. Memandangkan inilah peluang kami memperkenalkan konsep playgroup dan home learning merentasi usia, selain mencuba kaedah terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak (hyper)aktif.

Sungguh bersemangat anak-anak bila dapat tahu kita akan membuka kelas. Sanggup mereka mengedarkan flyer dari rumah ke rumah. Ia adalah proses pembelajaran yang mencabar tetapi menarik. Mereka bekerjasama memilih rumah yang sesuai, memasukkan flyer dalam postbox atau di pagar dan apabila flyer yang ada sangat terhad, mereka memilih rumah yang muslim sahaja atau ada tanda anak-anak. Adakalanya terasa macam 'child-labour' sahaja...tetapi alhamdulillah ummi percaya ia pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan.

Menjelang weekend 13 Disember, kami membuka peluang terakhir untuk berjumpa dengan masyarakat Taman Teluk Gedung Indah. Abah menghantar kami ke kedai ayah chik seawal 9 a.m. Oleh kerana tertinggal kertas mahjong di dalam kereta, kami membeli dua keping manila card di kedai bawah lalu menyerahkan tugas membuat poster kepada anak-anak....dan hasilnya...


Selain yang mendaftar, dapat juga berbincang tentang keperluan pendidikan anak-anak yang masih diperlukan oleh penduduk taman ini seperti kelas mengaji dan lain-lain.

Masuk hari Ahad, sudah terasa penatnya turun naik mengendalikan anak7 tetapi kata Ayman ...bukaklah sebelah speedmart tu, ramai orang. maka ummi menurut sahaja.

Semoga pengalaman awal ini memberi ilmu keusahawanan buat mereka.


Kelas menjahit

Alhamdulillah...pada 11 Disember yang lalu, kami telah selamat menjalankan kelas asas jahitan tangan untuk anak-anak. Agak teruja sebab inilah kelas pertama yang kami buka untuk umum...itupun dengan menumpang di Undertone Bookshop, kedai ayah chik kami.

Kelas bermula pada pukul 10. Kali ini cikgu kami ialah Puan Norain Kanafi dan anak perempuannya Najwa, 10 tahun yang sudah pandai menjahit.


Kelas kami turut disertai dua orang kawan baru iaitu Arina dan Aina. 

Aktiviti bermula dengan Cik Ain menunjukkan cara memasukkan benang ke dalam jarum dan cara menyimpulnya supaya diikat mati. Seterusnya jahitan insang pari untuk menjahit felt keychain design pilihan anak-anak sendiri. Luqman pilih keychain bear, Aisyah, Aina & Arina buat kasut dan Hakeem pula pilih burung. Memang nampak aktiviti menjahit ini meningkatkan fokus mereka beratus peratus.

Tahniah untuk mereka yang telah mencuba untuk menyiapkan jahitan. Sebagai hadianya, Cik Ain dan kakak Najwa telah menghadiahkan mereka dompet yang cantik! Terima kasih. Semoga tidak serik untuk datang lagi :)

Monday, December 1, 2014

Anugerah Nilam Muharram 1436

Pada awal Muharram yang lalu...kami telah menjalankan satu pertandingan membaca. Objektifnya...tentulah untuk menggalakkan kami semua berlumba-lumba untuk rajin dan bersemangat membaca :)

Ummi sediakan buku rekod...buku nota macam ni pun dah sangat bagus...spiral bind supaya senang dan selesa untuk ketika menulis, dan kulitnya tahan lasak untuk dibawa ke mana-mana.


Bahagian dalamnya...dibahagikan kepada 3 column...nama, tarikh dan tajuk buku...buku ni ada page kosong di sebelah kiri...digunakan untuk ekspresi diri sepanjang pertandingan yg mengujakan!...hehe


Hasilnya...memang bersungguh-sungguh nampak anak-anak ni bertanding antara satu sama lain...tetapi masih dengan cara yang skema..baca dari kulit ke kulit..lepas tu tulis dalam buku rekod. Habis semua yg selama ini tersadai sahaja dikoreknya.  Selain buku di rumah yang tak berapa banyak, kami ke library PPAS Shah Alam dan setiap Selasa & Khamis ke PPAS Sg. Udang yang baru dibuka...jadi alhamdulillah, memang banyak rezeki buku FOC unlimited..

Dan untuk pemenang bulan ini...budgetnya rendah sahaja, tetapi bebas beli apa sahaja buku yang mereka suka...untuk pilihan selamat, Ummi benarkan berbelanja di PTS bookcafe Year End Sale...
Tahniah Hakeem...dengan 119 buku :) 

Alhamdulillah...dah banyak improvement dalam bacaan Luqman...BM & English juga :) Bila penat nak tulis entry title adakalanya Luqman minta ummi tuliskan, tapi ummi kuatkan semangat dia...alhamdulillah semakin cantik tulisan Luqman juga 

Kakak pilih komik jawi ni...bolehlah berlatih baca jawi

Bila tengok abang kakak berlumba-lumba baca banyak...Ameen pun nak ummi bacakan jugak, masukkan nama...tapi tak dapatla hadiah...cepat2 belajar baca sendiri ya :) (style posingnya yg terbaru...tutup muka!)

Last but not least...Abang Man pun beli komik juga...tapi belum ambik gambar :)

Kita mulakan pertandingan bulan safar pula...insyaAllah.

Cadangan untuk akan datang...boleh tetapkan tema bulanan untuk lebih fokus, contoh Tema buku2 science & technology ( Planets, My body, animals, biology etc)  English stories, Jawi etc. 

Friday, November 21, 2014

Nature schooling...camping di Pantai Bagan Lalang

Bagi ummi, tiada apa yg hendak diraikan cuti sekolah march 2013 ini...kecuali kerehatan dari rutin bersibuk menghantar dan mengambil Abang Ayman dan kakak bersekolah. Schooling untuk adik-adik tetap seperti biasa...when home is school, and school is home, learning is lifetime :)

Ahad 24/3/13

Seperti biasa, sarapan pagi Ahad adalah di luar rumah. Hujung minggu tidak bermakna cuti bagi kami. Dengan kapasiti yang ada, playground taman jadi pilihan. Selain bersarapan, ada banyak kesempatan untuk 'bird watching', berlari-larian, berbuaian, dan kali ini...kumpul batang kayu!

Idea asalnya, untuk membuat 'summer camp' di 'park avenue' kami sepanjang cuti sekolah ini....tapi di bangkang oleh Tuan pengetua. Maka, beliau mencadangkan 'summer camp' di Bagan Lalang!

Terima kasih pokok ..mengizinkan kami  berteduh
gambar ihsan pakcik google, ada jugak gambar pokok lone-ranger yg bertuah nih :)

Perjalanan lebih 1 jam..menyampaikan kami ke tepian 'swimming pool' terbesar ciptaan Allah ini. Itinery untuk hari itu:

7.++pm  :  Solat Maghrib & Isya di surau
8.++pm : Dirikan khemah & makan malam
9++ pm : Free flow football, campfire and main lagi

Di sebalik keterujaan anak-anak mencari 'bahan- bahan yang boleh membakar' dan menyalakan api...datang pula seorang pakcik yang peramah

"bakar sampah ke? Nasib tak de angin kalau tak terbakar khemah"...
* senyum tak perlu kata apa-apa...  ^_^

Nota cikgu :  bayu darat dan bayu laut 

Malam...anak-anak tidur dalam khemah, tuan pengetua berjaga... alhamdulillah, seperti di rumah mereka lena... diiringi ayat-ayat pendinding sebelum tidur.


Isnin 25/3/13

6 am : Sujud buatMu Ya Allah, berwudhu kan air lautanMu

Terima kasih Allah
Memelihara tidur kami
Bertilamkan bumiMu
Berbumbungkan langitMu
Bersuluhkan bulanMu
Beriramakan ombakMu
Berkipaskan bayuMu

Selesai subuh...terus tejah air yang pasang semakin menyurut. Berkenalan dengan pantai, ombak, air laut dan....sekumpulan obor-obor yang mesra...sentuh bahagian jelly sahaja ye...di 'tangan'nya jangan!

Ummi cari 'seafood' dan sarapan bersama Umar, terserempak kumpulan monyet kelaparan di pasar itu. "Ya, itu monyet Umar, bukan anjing!"


Bermain sepuasnya di 'sandbox' terbesar ciptaan Allah adalah suatu nikmat buat anak-anak syurga ADNY.
*tiada gambar dirakam kali ini...'unplugged' sungguh kan!

11++ am : ikan, udang & jacket potato siap dibakar..mandi di bawah 'pancuran' buatan abah..kemudian.mengalas perut yg sudah kelaparan...bak kata Hakeem: "Hakeem tak nak makan sampai kenyang, macam Rasulullah (saw), alas perut je "

2pm : Solat zohor & Asar

Main lagi...layang-layang.

3 pm : Air pasang mula datang sehingga ke tebing....mandi lagi..maka kulit-kulit udang pun kemerahan di bakar mentari

5pm : Berkemas dan bertolak pulang..kepenatan sudah!

Alhamdulillah.... 'natureschooling' yang tidak dirancang, tetapi hampir sempurna...tidak memerlukan kos yang besar...dan yang lebih penting...semuanya pertanyaan " Yang ni Allah buat jugak ke?" dapat di jawab dengan "Ya, Allah yang buat...hebat kan?"

Nota cikgu :
- pasang-surut 
-bulan & matahari
-water cycle & air mutlak
-salt making
-'human made' development vs nature ~ sepang gold coast
-solat jama' & qasar


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang lalim seorang penolongpun.


Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbak
Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."


(A'li Imran : 190-194)

Sunday, November 16, 2014

Penat homeschooling 24/7?....Ibrah Bilal bin Rabah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman homeschooling yang tak semuanya indah....

Melalui bulan-bulan kebelakangan ini dengan suami sibuk dengan urusan keluarganya dan kerja...saya rasa memang penat dan tak cukup tangan. Anak mula kurang berdisiplin dan tanpa suami, memang hampir kecewa saya dibuatnya menguruskan perangai mereka seorang demi seorang. Sabtu lepas, apabila kebetulan suami mahu berehat di rumah, saya pun mencuri peluang untuk 'berehat' dari dunia rumah..hendak balik ke rumah mak abah menghilangkan lelah memang tiada lagi dalam senarai...maka rumah Allah sahajalah pilihan yang paling menenangkan..alhamdulillah... solat maghrib dan isya' di masjid tanpa perlu menjaga anak-anak lelaki yang lasak itu sudah amat bertuah. (Tetapi saya bawa juga Sofeya yang dijaga kakaknya Aisyah.)

Waktu antara maghrib dan Isya' diisi dengan kuliah umum oleh ustaz yang tentulah saya tidak kenali, lantaran jarangnya mengikuti kuliah di masjid. Beliau menceritakan susahnya Bilal bin Rabah mempertahankan keimanannya ketika bergelar seorang hamba abdi. Betapa Bilal dipaksa bekerja berat sepanjang hari dan malam tanpa belas kasihan kerana menjadi pengikut Muhammad saw. Namun, beliau tetap melakukannya di samping terus beriman kepada Allah swt. Tidak sesekali beliau cuba lari atau berputus asa dengan keadaannya itu. Sehinggalah beliau didera di tengah panas terik padang pasir tetapi tetap menuturkan kalimah 'ahad'....ahad'...sehinggalah akhirnya beliau dibebaskan dan kesabarannya terbalas apabila dilantik menjadi muazzin di masjid Nabawi sehinggalah Rasul kesayangannya wafat.

Subhaanallah...Inilah jawapan kepada kepenatan yang saya rasakan...adakalanya terasa sudah tidak tertahan dan mahu berputus asa sahaja, tetapi hakikatnya ujian yang dilalui masih sangat jauh jika dibandingkan dengan kepenatan Bilal... beliau tetap bertahan demi keimanan kepada Allah dan rasulnya. Demi memastikan Islam yang dibawa Rasul saw tertegak dan disampaikan ke seluruh alam. Begitu juga dengan ahlul bait dan para sahabat baginda yang terawal memeluk Islam dan beriman. Mereka mengorbankan segala kesenangan hidup demi memastikan Islam terus tersebar. Bukankah itu juga matlamat homeschooling ini? Untuk menyampaikan risalah tauhid kepada ahlul bait kita dan seterusnya kepada masyarakat...

Menongkah arus membawa amanah iman memang bukan mudah...tetapi inilah jalannya yang telah ditunjukkan dan dilalui oleh mereka yang terdahulu. Tarbiah dari rumah. Walau ke mana anak-anak akan pergi sekalipun, tanggungjawab menyampaikan risalah tauhid adalah tanggungjawab ibubapa. Apa yang kita tanam hari ini, itulah harta sebenar yang akan kita tuai nanti di akhirat kelak, insyaAllah.

Memetik kata Ustazah Norhafizah Musa...
Ya Allah...aku sangat penat,
tetapi...penat lagi jika kepenatan ini tidak diterima dan diredhai olehMu :(

Semoga semua amal kita yang sedikit ini diterima olehNya dan mampu menjadi penghindar dari azab neraka di akhirat kelak. Aameen.

Monday, October 6, 2014

Cara menangani soalan "KENAPA....?"

Assalamualaikum wrh.

Jika puan/tuan ada anak-anak, hidup bersama kanak-kanak atau bekerja dengan kanak-kanak ataupun rajin melayan kanak-kanak, tentu pernah ditanya 'WHY question' kan? Soalan 'kenapa....' biasanya mula ditanya oleh kanak-kanak selepas berlalu fasa 'apa', 'siapa' dan 'mana'...selalunya bermula umur 2yo+ sehinggalah mereka membesar.
Gambarajah 'taxonomy of cognitive domain' (revised) yang menunjukkan peringkat pembelajaran. Yang paling bawah adalah paling banyak dilakukan, yang di atas semakin kurang tetapi semakin detail dan rumit.


Dalam pendidkan, soalan 'apa', 'siapa'dan 'mana' menjawab keperluan kognitif aras rendah dalam Bloom's taxonomy , iaitu mengingat dan memahami. Apabila anak-anak sudah tahu tentang sesuatu benda atau perkara, sifat semulajadi otak yang ingin menganalisa, menilai seterusnya mencipta (kemahiran kognitif aras tinggi) terus berlaku jika tidak direncatkan oleh orang dewasa. Sebab itulah bila anak dah tahu nama benda, dah faham fungsi benda, dia akan cuba membandingkan suatu benda dengan yang lain dan asyik bertanya kenapa kenapa kenapa....haaa, boleh tahan pening jugak dibuatnya dengan WHY question ni kadang-kadang.

Jadi, bagaimana cara terbaik nak menjawab soalan 'kenapa?' anak - anak ni? Perlukah kita menjadi ensiklopedia bergerak dulu....huhu...tak buat kerja lainlah jawabnya ^_^

Ini adalah cara yang dicadangkan oleh puan Bernadette Tynan, seorang pakar antarabangsa dalam bidang kanak-kanak istimewa dalam bukunya 'How to help your children learn' :-

1. Jangan jawab terus atau rasa tertekan untuk menjawab

Kenapa? Sebabnya bila kita terus jawab, anak akan belajar satu perkara atau peringkat sahaja...iaitu download information. Dari segi kognitifnya, tahap pemikiran anak akan tetap berada di aras rendah iaitu mengetahui dan memahami. Jadi tak payahlah takut anak fikir kita tak pandai nak jawab pulak dan kena memerah otak nak jawab jugak.

2. Tanya semula anak itu agaknya apa dia fikir jawapan kepada soalannya.

Bukan sahaja kita tidak berisiko memberi jawapan yang salah atau terkedu nak jawab.....kaedah ini dapat merangsang kemahiran logik, fikiran kritis dan juga 'reasoning'.

Contohnya :

Anak : Kenapa Allah jadikan nyamuk, ummi? kan dia suka hisap darah orang
Ibu : ok, nyamuk ni kelebihan dia apa? Kalau nyamuk hisap darah orang apa yang akan jadi? Nyamuk hisap darah orang untuk apa?

Tiada jawapan yang salah atau betul. Yang pasti, dengan memandu anak berfikir beberapa kemungkinan jawapan kepada soalannya, kita telah mengaktifkan otaknya (dan otak kita juga!) untuk menganalisa data-data yang sedia ada dalam ingatan dan kefahamannya (aras kognitif rendah) lalu menghubungkan dan menganalisanya untuk mencipta konsep yang baru (aras kognitif tinggi). Lebih menarik jika sessi berfikir jawapan ini turut disertai oleh kanak-kanak lain. Lebih banyak kemungkinan jawapan dan lebih banyak sel-sel neuron yang berhubung.