Pages

Friday, December 19, 2014

Program cuti sekolah 2014- Promosi

Menjelang cuti sekolah akhir tahun ini, kami berhajat membuka home school kami kepada anak-anak lain. Memandangkan inilah peluang kami memperkenalkan konsep playgroup dan home learning merentasi usia, selain mencuba kaedah terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak (hyper)aktif.

Sungguh bersemangat anak-anak bila dapat tahu kita akan membuka kelas. Sanggup mereka mengedarkan flyer dari rumah ke rumah. Ia adalah proses pembelajaran yang mencabar tetapi menarik. Mereka bekerjasama memilih rumah yang sesuai, memasukkan flyer dalam postbox atau di pagar dan apabila flyer yang ada sangat terhad, mereka memilih rumah yang muslim sahaja atau ada tanda anak-anak. Adakalanya terasa macam 'child-labour' sahaja...tetapi alhamdulillah ummi percaya ia pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan.

Menjelang weekend 13 Disember, kami membuka peluang terakhir untuk berjumpa dengan masyarakat Taman Teluk Gedung Indah. Abah menghantar kami ke kedai ayah chik seawal 9 a.m. Oleh kerana tertinggal kertas mahjong di dalam kereta, kami membeli dua keping manila card di kedai bawah lalu menyerahkan tugas membuat poster kepada anak-anak....dan hasilnya...


Selain yang mendaftar, dapat juga berbincang tentang keperluan pendidikan anak-anak yang masih diperlukan oleh penduduk taman ini seperti kelas mengaji dan lain-lain.

Masuk hari Ahad, sudah terasa penatnya turun naik mengendalikan anak7 tetapi kata Ayman ...bukaklah sebelah speedmart tu, ramai orang. maka ummi menurut sahaja.

Semoga pengalaman awal ini memberi ilmu keusahawanan buat mereka.


No comments:

Post a Comment