Pada awal Muharram yang lalu...kami telah menjalankan satu pertandingan membaca. Objektifnya...tentulah untuk menggalakkan kami semua berlumba-lumba untuk rajin dan bersemangat membaca :)
|
Ummi sediakan buku rekod...buku nota macam ni pun dah sangat bagus...spiral bind supaya senang dan selesa untuk ketika menulis, dan kulitnya tahan lasak untuk dibawa ke mana-mana.
|
|
Bahagian dalamnya...dibahagikan kepada 3 column...nama, tarikh dan tajuk buku...buku ni ada page kosong di sebelah kiri...digunakan untuk ekspresi diri sepanjang pertandingan yg mengujakan!...hehe
Hasilnya...memang bersungguh-sungguh nampak anak-anak ni bertanding antara satu sama lain...tetapi masih dengan cara yang skema..baca dari kulit ke kulit..lepas tu tulis dalam buku rekod. Habis semua yg selama ini tersadai sahaja dikoreknya. Selain buku di rumah yang tak berapa banyak, kami ke library PPAS Shah Alam dan setiap Selasa & Khamis ke PPAS Sg. Udang yang baru dibuka...jadi alhamdulillah, memang banyak rezeki buku FOC unlimited..
Dan untuk pemenang bulan ini...budgetnya rendah sahaja, tetapi bebas beli apa sahaja buku yang mereka suka...untuk pilihan selamat, Ummi benarkan berbelanja di PTS bookcafe Year End Sale...
|
|
Tahniah Hakeem...dengan 119 buku :) |
|
Alhamdulillah...dah banyak improvement dalam bacaan Luqman...BM & English juga :) Bila penat nak tulis entry title adakalanya Luqman minta ummi tuliskan, tapi ummi kuatkan semangat dia...alhamdulillah semakin cantik tulisan Luqman juga |
|
Kakak pilih komik jawi ni...bolehlah berlatih baca jawi |
|
Bila tengok abang kakak berlumba-lumba baca banyak...Ameen pun nak ummi bacakan jugak, masukkan nama...tapi tak dapatla hadiah...cepat2 belajar baca sendiri ya :) (style posingnya yg terbaru...tutup muka!)
Last but not least...Abang Man pun beli komik juga...tapi belum ambik gambar :)
Kita mulakan pertandingan bulan safar pula...insyaAllah.
Cadangan untuk akan datang...boleh tetapkan tema bulanan untuk lebih fokus, contoh Tema buku2 science & technology ( Planets, My body, animals, biology etc) English stories, Jawi etc.
|
No comments:
Post a Comment