Menjelang cuti sekolah akhir tahun ini, kami berhajat membuka home school kami kepada anak-anak lain. Memandangkan inilah peluang kami memperkenalkan konsep playgroup dan home learning merentasi usia, selain mencuba kaedah terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak (hyper)aktif.
Sungguh bersemangat anak-anak bila dapat tahu kita akan membuka kelas. Sanggup mereka mengedarkan flyer dari rumah ke rumah. Ia adalah proses pembelajaran yang mencabar tetapi menarik. Mereka bekerjasama memilih rumah yang sesuai, memasukkan flyer dalam postbox atau di pagar dan apabila flyer yang ada sangat terhad, mereka memilih rumah yang muslim sahaja atau ada tanda anak-anak. Adakalanya terasa macam 'child-labour' sahaja...tetapi alhamdulillah ummi percaya ia pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan.
Menjelang weekend 13 Disember, kami membuka peluang terakhir untuk berjumpa dengan masyarakat Taman Teluk Gedung Indah. Abah menghantar kami ke kedai ayah chik seawal 9 a.m. Oleh kerana tertinggal kertas mahjong di dalam kereta, kami membeli dua keping manila card di kedai bawah lalu menyerahkan tugas membuat poster kepada anak-anak....dan hasilnya...
Selain yang mendaftar, dapat juga berbincang tentang keperluan pendidikan anak-anak yang masih diperlukan oleh penduduk taman ini seperti kelas mengaji dan lain-lain.
Masuk hari Ahad, sudah terasa penatnya turun naik mengendalikan anak7 tetapi kata Ayman ...bukaklah sebelah speedmart tu, ramai orang. maka ummi menurut sahaja.
Semoga pengalaman awal ini memberi ilmu keusahawanan buat mereka.
Friday, December 19, 2014
Kelas menjahit
Alhamdulillah...pada 11 Disember yang lalu, kami telah selamat menjalankan kelas asas jahitan tangan untuk anak-anak. Agak teruja sebab inilah kelas pertama yang kami buka untuk umum...itupun dengan menumpang di Undertone Bookshop, kedai ayah chik kami.
Kelas bermula pada pukul 10. Kali ini cikgu kami ialah Puan Norain Kanafi dan anak perempuannya Najwa, 10 tahun yang sudah pandai menjahit.
Kelas bermula pada pukul 10. Kali ini cikgu kami ialah Puan Norain Kanafi dan anak perempuannya Najwa, 10 tahun yang sudah pandai menjahit.
Kelas kami turut disertai dua orang kawan baru iaitu Arina dan Aina.
Aktiviti bermula dengan Cik Ain menunjukkan cara memasukkan benang ke dalam jarum dan cara menyimpulnya supaya diikat mati. Seterusnya jahitan insang pari untuk menjahit felt keychain design pilihan anak-anak sendiri. Luqman pilih keychain bear, Aisyah, Aina & Arina buat kasut dan Hakeem pula pilih burung. Memang nampak aktiviti menjahit ini meningkatkan fokus mereka beratus peratus.
Tahniah untuk mereka yang telah mencuba untuk menyiapkan jahitan. Sebagai hadianya, Cik Ain dan kakak Najwa telah menghadiahkan mereka dompet yang cantik! Terima kasih. Semoga tidak serik untuk datang lagi :)
Monday, December 1, 2014
Anugerah Nilam Muharram 1436
Pada awal Muharram yang lalu...kami telah menjalankan satu pertandingan membaca. Objektifnya...tentulah untuk menggalakkan kami semua berlumba-lumba untuk rajin dan bersemangat membaca :)
Ummi sediakan buku rekod...buku nota macam ni pun dah sangat bagus...spiral bind supaya senang dan selesa untuk ketika menulis, dan kulitnya tahan lasak untuk dibawa ke mana-mana. |
Tahniah Hakeem...dengan 119 buku :) |
Kakak pilih komik jawi ni...bolehlah berlatih baca jawi |
Subscribe to:
Posts (Atom)