Memilih masjid yang sesuai menjadi satu persoalan penting sebab walaupun masjid terdapat di semua tempat di Malaysia ini, bukan semuanya mesra kanak--kanak, bukan semua mesra i'tikaaf. Buat masa ini, kami amat selesa dengan masjid negeri sebab...
1. Kawasan luas : sesuai untuk anak-anak kecil yang memang tak dapat dielakkan dari kelakuan superaktif. Masjid yg luas memberi gap yg selesa antara ruang beribadah/ solat dengan ruang kosong untuk kanak-kanak, walau bising, bunyinya terserap dan tidak mengganggu berbanding surau/masjid kecil, jatuh sikit pun semua jemaah boleh dengar. Di masjid ini juga solat jemaah dilakukan di tingkat atas, jadi amat selesa untuk family berjemaah di bawah tanpa mengganggu jemaah yg inginkan kedamaian dari 'gangguan' anak kecil menangis dan sebagainya...alhamdulillah, almost no issue at all :)
2. Keselamatan: ada pak & mak guard yg berjaga dan mengawal persekitaran...selain itu perlu brief anak kecil tentang peraturan e.g. tidak boleh merayau bersendirian, mesti berteman, beritahu cepat jika mahu ke toilet etc. Gerai jualan juga telah dialihkan ke luar bangunan masjid, lebih tenang tak macam pasar malam dah dan lebih selamat untuk kanak-kanak...syukur!
3. Semua ada : sepertinya masjid ini sangat bersedia & welcome tetamu Allah yang mahu beriktikaaf..ada ruang yang boleh dijadikan tempat tidur muslimin & muslimat tanpa mengganggu ruang solat, dengan peringatan dan kawalan keselamatan yg baik juga disediakan. Jemaah pun sangat best dan mesra keluarga, membuatkan ramai juga keluarga lain yang sama bermalam di sini. Ada ketikanya terasa seperti suasana di masjidil haram pula (dalam skala Malaysia lah ya)
Persediaan:
Go for basic...sebab tujuannya adalah untuk kita tinggalkan sementara harta & kemudahan dirumah yang biasanya adalah berlebihan dan fokus kepada ibadah
1. Pakaian : bergantung kepada tempoh iktikaaf di masjid: sepasang dua persalinan pun mencukupi untuk anak yg besar, yang baby memang memerlukan lebih.
2. Comforter/sleeping bag/cadar : Sebaiknya sediakan hamparan untuk tidak mengotorkan karpet/lantai masjid. Bantal mungkin tidak perlu, kerana matlamat kita bukan keselesaan...nanti terlebih lena pula!
3. Makanan : Seminimum mungkin, iftar dan sahur ada disediakan oleh pihak masjid, bukan kuih muih sahaja ya...katering lengkap nasi lauk sayur semuanya... jika ada rezeki. Tapi stand by roti etc. juga jika ada anak fussy eater..atau makanan yg disediakan tak mencukupi...berikanlah kepada yang lebih memerlukan..student, orang tua dll. Air panas dan sejuk jika perlu boleh diperolehi dari water dispenser yg disediakan masjid. Jika cuaca panas, selimut pun tak perlu tebal..kain pelikat pun cukup insyaAllah.
4. Permainan/buku/ bahan belajar/bahan aktiviti yang relevan utk anak-anak sibukkan diri , diam dan tidak menganggu orang ramai. Antara topic yang boleh diulangkaji ialah nuzul quran & laylatul qadr, reading quran, kelebihan iktikaaf, zikir dll.. There is also a nice workbook/colouring book by rplanfamily on i'tikaf yang kami tak sempat print & buat, insyaAllah will do it in the next coming days.
Antara buku-buku yang sempat dipilih di library Raja Tun Uda, seksyen 13 sebelum datang ke MSAS...bekalan utk bacaan semasa di masjid dan selepasnya. |
Itinerary :
Ni sahaja yang kami mampu lakukan sepanjang berada di sana...semoga dapat improve lagi next time
Kami sampai sebelum asar...sebaiknya solat sunat tahiyatul masjid, letakkan barang di tempat yg sesuai dan selamat. anak-anak perlu disibukkan diri dengan melukis, mengaji atau menghafaz quran. Kalau tak memang berlarianlah jawabnya, kesian mak guard nak kena datang tegur, penat tau, diorang pun puasa juga kena round satu masjid yg luas tu. Waktu yang terluang memang sesuai untuk anak-anak mencari 'kawan'...biasalah kanak-kanak, yang tak kenal pun boleh main sama-sama dalam masa yang singkat...berkenalan dengan family lain yang sama-sama meraikan rumah Allah...indahkan silaturrahim yang mudah terbina di tempat mulia, dalam suasana yang tenang...insyaAllah ditemukan dengan orang yang baik-baik sahaja..tak macam pergi ke hypermarket atau tempat percutian lain.
Iftar : rezeki hari itu nasi tomato & ayam masak merah..memang favourite anak-anak, so anak yg fussy pun tak sabar2 nak makan. Selebihnya abah belikan kuih. Jika di rumah, sebelum asar lagi anak-anak ini sudah berebut mengorder air sekurangnya 2-3 jenis, tetapi alhamdulillah rupanya mereka (dan bapanya!) boleh sahaja berbuka dengan air mineral tanpa ais...masyaAllah! We never know the bottom line unless being tested. Lepas ni tak payahlah banyak-banyak jenis air sangat ye..banyak kilo boleh jimat gula. Kalau ada kesempatan next time, harus juga beli/bawa bekalan iftar untuk dikongsikan dengan jemaah yang lain. Untuk yang datang berkeluarga, ruang muslimin & muslimat disediakan berasingan. Jadi boleh saja bentang tikar di ruang kosong bersebelahan.
Air kosong pun seronok! |
Solat maghrib-isyak- tarawih- Untuk anak yang besar dan boleh berjemaah dengan baik, bolehlah bersolat ditingkat atas...tetapi jika perlukan keselesaan dengan anak kecil, di ruang solat bawah pun sangat selesa. Untuk yang ada anak kecil, boleh bapa bersolat terawih dulu 8 rakaat, ibu tunggu anak (atau sebaliknya) selepas tu tukarlah pula, bapa jaga anak di bawah dan ibu naik ke atas untuk bertarawih. Sudah maksudnya bertarawih itu berehat, memang bagus kalau suasananya tenang dan mendamaikan...rehat dari kesibukan dan gangguan anak kecil macam di rumah. Selepas terawih, ruang masa yang banyak juga boleh diisi dengan bertadarus dan hafazan.
seperti biasa ..bermain kad al-hafiz..lebih selesa dan bersemangat dari di rumah |
Qiyam & sahur : Seawal 2.30 pagi sudah kedengaran lori catering membawa juadah sahur..masyaAllah, terasa sudah lama tidak bangun sahur dah ada orang sediakan makan ..macam bila ada mak atau di asrama... ketika kita sibuk memikirkan perut keluarga dan anak-anak kita, ada insan lain yang bersengkang mata untuk berkhidmat kepada orang lain...sungguh rasa kerdilnya sumbangan yang dilaburkan di jalan Allah. Beruntungnya mereka, banyak pahala yg dikutip walau tidak mampu beriktikaaf & selesa beribadah di masjid.
Subuh : Alhamdulillah..mudahnya jika tidur di masjid...hanya perlu naik ke tingkat atas! bayangkan kehidupan Rasulullah saw yang rumah kecilnya di sebelah masjid...walau dalam kesederhanaan,sangat terasa.indahnya hidup berada di dalam lingkungan masjid.
Sofeya, 3mo. alhamdulillah lena sehingga pagi...no fuss at all |
masa yang sangat berharga, ketika anak-anak kecil ( dan besar yg kecundang!) masih lena..tak terganggu dari memikirkan kerja kerja di rumah . |
Sempat mengikuti siaran langsung Tanyalah Ustaz juga :) |
Terima kasih MSSAAS...semoga masih ada rezeki kami kembali di baki 10 ramadhan terakhir 1435H & ramadhan akan datang. |
Jika hendak menghantar anak ke Ramadhan camp, biasanya sangat mahal, terutama untuk keluarga seperti kami yang ramai..hanya anak yg besar & bertuah sahaja dapat dihantar. Tetapi ini lebih bermakna kerana seisi keluarga dapat melatih diri, muhasabah untuk mengejar kelebihan ramadhan dan mengamalkannya dengan istiqamah di rumah nanti. Kami juga banyak belajar dari keluarga lain yang sama-sama berada di masjid bersama keluarga. Ada yang kami rasakan berat untuk mulakan dirumah, tetapi bila melihat keluarga lain dapat melakukannya dengan baik sekali, barulah rasa bersemangat.
Last but not least, semoga tarbiyah ringkas ini kekal menjadi budaya anak-anak dan seterusnya dapat mendidik keluarga mereka pula nanti. Buat semua yang telah memudahkan kami, semoga Allah membalasnya dengan pahala yg terbaik disisiNya...terimalah yang sedikit dari kami Ya Allah.
Jom, mosqueschooling!
No comments:
Post a Comment