Pages

Monday, October 6, 2014

Cara menangani soalan "KENAPA....?"

Assalamualaikum wrh.

Jika puan/tuan ada anak-anak, hidup bersama kanak-kanak atau bekerja dengan kanak-kanak ataupun rajin melayan kanak-kanak, tentu pernah ditanya 'WHY question' kan? Soalan 'kenapa....' biasanya mula ditanya oleh kanak-kanak selepas berlalu fasa 'apa', 'siapa' dan 'mana'...selalunya bermula umur 2yo+ sehinggalah mereka membesar.
Gambarajah 'taxonomy of cognitive domain' (revised) yang menunjukkan peringkat pembelajaran. Yang paling bawah adalah paling banyak dilakukan, yang di atas semakin kurang tetapi semakin detail dan rumit.


Dalam pendidkan, soalan 'apa', 'siapa'dan 'mana' menjawab keperluan kognitif aras rendah dalam Bloom's taxonomy , iaitu mengingat dan memahami. Apabila anak-anak sudah tahu tentang sesuatu benda atau perkara, sifat semulajadi otak yang ingin menganalisa, menilai seterusnya mencipta (kemahiran kognitif aras tinggi) terus berlaku jika tidak direncatkan oleh orang dewasa. Sebab itulah bila anak dah tahu nama benda, dah faham fungsi benda, dia akan cuba membandingkan suatu benda dengan yang lain dan asyik bertanya kenapa kenapa kenapa....haaa, boleh tahan pening jugak dibuatnya dengan WHY question ni kadang-kadang.

Jadi, bagaimana cara terbaik nak menjawab soalan 'kenapa?' anak - anak ni? Perlukah kita menjadi ensiklopedia bergerak dulu....huhu...tak buat kerja lainlah jawabnya ^_^

Ini adalah cara yang dicadangkan oleh puan Bernadette Tynan, seorang pakar antarabangsa dalam bidang kanak-kanak istimewa dalam bukunya 'How to help your children learn' :-

1. Jangan jawab terus atau rasa tertekan untuk menjawab

Kenapa? Sebabnya bila kita terus jawab, anak akan belajar satu perkara atau peringkat sahaja...iaitu download information. Dari segi kognitifnya, tahap pemikiran anak akan tetap berada di aras rendah iaitu mengetahui dan memahami. Jadi tak payahlah takut anak fikir kita tak pandai nak jawab pulak dan kena memerah otak nak jawab jugak.

2. Tanya semula anak itu agaknya apa dia fikir jawapan kepada soalannya.

Bukan sahaja kita tidak berisiko memberi jawapan yang salah atau terkedu nak jawab.....kaedah ini dapat merangsang kemahiran logik, fikiran kritis dan juga 'reasoning'.

Contohnya :

Anak : Kenapa Allah jadikan nyamuk, ummi? kan dia suka hisap darah orang
Ibu : ok, nyamuk ni kelebihan dia apa? Kalau nyamuk hisap darah orang apa yang akan jadi? Nyamuk hisap darah orang untuk apa?

Tiada jawapan yang salah atau betul. Yang pasti, dengan memandu anak berfikir beberapa kemungkinan jawapan kepada soalannya, kita telah mengaktifkan otaknya (dan otak kita juga!) untuk menganalisa data-data yang sedia ada dalam ingatan dan kefahamannya (aras kognitif rendah) lalu menghubungkan dan menganalisanya untuk mencipta konsep yang baru (aras kognitif tinggi). Lebih menarik jika sessi berfikir jawapan ini turut disertai oleh kanak-kanak lain. Lebih banyak kemungkinan jawapan dan lebih banyak sel-sel neuron yang berhubung.