Pages

Monday, September 29, 2014

Kesan buruk superheroes kepada anak- anak

Bismillahirrahmaanirrahim

Anak-anak lelaki memang biasanya didedahkan dan mudah tertarik dengan tayangan 'superheroes' seperti Ultraman, Ironman, Superman dan macam-maacam lagi. Walaupun ada juga yang berpendapat ianya 'normal'...sudah lumrah anak lelaki dibiarkan menonton aksi ganas, berlawan dan berperang....

TETAPI....setelah sepuluh tahun bersabar dan memerhatikan sahaja anak-anak dihidangkan dengan watak-watak rekaan ini, akhirnya saya sangat bersetuju jika anak-anak diharamkan untuk menonton aksi ganas yang digalakkan oleh siri-siri superheroes ini. Kesan buruknya sangat ketara menghancurkan pemikiran suci anak-anak ....tidak hairan lahirnya generasi yang tidak peduli dan tiada rasa tangguungjawab atas kezaliman yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

1. Kesan kepada aqidah

Sebenarnya, usia lahir hingga tujuh tahun adalah usia penting untuk menanam aqidah yang kuat...yang Allah adalah segala-galanya. Yang Maha Berkuasa, tuhan sekalian alam. Bukan tidak biasa anak-anak yang ditanamkan hal ini, mahu berada di 'pihak Allah' ketika 'main lawan-lawan'. Cuba bandingkan apa yang sebaliknya ditanam oleh 'superhero buatan ini? Yang kuat adalah mereka. Kuasa luarbiasa entah datang dari mana...tidak langsung mengingatkan anak-anak yang jika ada pun kelebihan pada makhluk, ia hanyalah sekadar kurniaan Allah swt. Apalah yang mampu diharapkan dari watak-watak sebegini yang dicipta oleh mereka yang memang tidak mengaku bertuhan! Sifat membesarkan makhluk ini amat berbeza jika dibandingkan dengan 'superhero' yang di paparkan dalam kisah kartun Nabi Daud contohnya, yang mampu melawan Talut dan tenteranya hanya dengan melastik sebiji batu dengan izin Allah swt. Mahu perkenalkan yang mana? Pilihan di tangan kita ibubaapa.

2. Kesan kepada pembangunan emosi dan psikologi

Apabila kehebatan superhero ini tertanam dalam diri anak-anak, siang dan malamnya mudah diisi dengan imaginasi aksi bergaduh dan berlawan, walaupun secara main-main. Anak-anak bermain secara ganas tanpa sempat memikirkan kesan dan risiko kesakitan dan kecederaan kepada orang lain. Memang inilah sikap superhero-superhero tersebut. Walaupun mereka tahu ia adalah watak rekaan, tetapi mereka lupa yang dilawan di rumah atau di sekolah adalah adik yang merupakan manusia baik, bukannya jahat. Secara tidak langsung, sifat empati dalam diri mereka berkurangan dan terbantut perkembangannya. Keganasan menjadi mainan.

Idea 'mass destruction' demi untuk melawan 'kejahatan' yang dipaparkan dalam siri superhero beginipun memang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Jika anda biasa menontonnya, fikiran kita akan tertumpu kepada superhero yang sedang berlawan, tetapi dalam masa yang sama 'subconsciously' fikiran kita dilatih untuk tidak menghiraukan kerosakan bangunan, kebakaran harta-benda, kematian dan kecederaan orang awam di sekeliling aksi tersebut. Ini amat berbeza dengan akhlak 'peperangan' dalam Islam yang sangat prihatin dengan kesan kehancuran kepada orang awam dan harta benda. Hasilnya, kurang simpati dan kekecewaan melihat rumah-rumah rakyat Palestin dan Syria dihancurkan dalam peperangan...sebab dah 'biasa' tengok Sikap 'tidak kisah', 'itu masalah mereka' inilah yang akhirnya kita lihat ramai umat Islam yang masih leka melayan nafsu dan mementingkan diri sendiri walaupun saudara seIslam sedang dibom dan dibunuh di sana-sini. Bukan sedikit juga kita dengar kejadian accident yang tiada orang berhenti menolong, mangsa ragut yang orang sekitar hanya menjadi penonton. Memang siri-siri ini melatih kita sekadar menjadi 'penonton'.

3. Menonjolkan imej seksual yang salah.

Jika diperhatikan siri superhero ciptaan barat pula, pasti ada heroin yang berpakaian seksi dan tidak senonoh yang ditayangkan. Demi menjadi 'sporting' dengan anak, kita sebenarnya telah menyampaikan mesej yang salah kepada anak. 'Takpe tu orang putih" adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal. Segala yang tidak disukai Allah, sepatutnya tidak juga disukai kita. Ibubapalah yang sepatutnya menghalang anak-anak menonton yang haram dan menggalakkan anak menundukkan pandangan. Dengan menggalakkan anak menonton, kita sebenarnya sudah tidak berfungsi sebagai pagar yang menghalang anak-anak dari api neraka. Semoga Allah mengampuni kita.

Tindakan ibubapa....

1. Jika anak sudah biasa menonton superhero rekaan ini, masanya untuk kita kurangkan secara beransur-ansur jika sudah terlanjur, seterusnya ban terus! Dengan harapan, kesan buruk yang tertanam dalam minda anak-anak dapat dihakis sedikit demi sedikit sehingga mereka akhirnya melupakannya.

2. Gantikan aktiviti anak-anak dengan perkara yang membawa ketenangan kepada minda, contohnya bacaan al-quran, bermain dengan alam semulajadi dan aktiviti fizikal lain. Bagi anak-anak yang hyperactive, boleh galakkan mereka melakukan aksi lasak seperti bersukan, memanjat dan melompat dengan kaedah yang selamat. Dengan ini, otak anak berada pada frekuensi gelombang yang lebih rendah dan tenang. Tenaga yang berlebihan juga dapat disalurkan dengan cara yang lebih baik.

3. Menyemaikan sifat empati dan prihatin dalam diri anak-anak. Sikap bertanggungjawab dan sensitif kepada kesusahan orang lain.

4. Menggantikan superhero rekaan dengan superhero nyata iaitu para rasul, nabi dan sahabat yang berjihad di jalan Allah.

5. Zikir ya latif ( yang Maha Lembut) bagi anak yang telah tertanam sifat kasar dan ganas.

Semoga anak-anak kita dilindungi dari pengaruh negatif superhero rekaan ini dan hatinya dekat dengan Allah swt dan RasulNya saw.