Pages

Thursday, April 17, 2014

Unschooling...Islamikkah?

Bismillaahirrahamanirrahim.

Bagi yang ada mengkaji tentang kaedah homeschooling, pasti akan turut bertemu dengan konsep 'unschooling'.

Konsep ini walaupun sebenarnya merupakan konsep pembelajaran umat manusia sejak nabi Adam a.s hinggalah ke zaman umat Nabi Muhammad saw, telah diketengahkan semula setelah wujudnya kekurangan dalam sistem persekolahan oleh John Holt setelah meneliti perbezaan ketara antara pelajar di sekolah, dan anak kecil yang belum bersekolah.


Apa istimewanya konsep 'unschooling'?

1. Kehidupan = pembelajaran, pembelajaran itulah kehidupan. All of us learn and discover new things as we live. What matter most in our learning is what matter most in our lives. Seorang anak yang perlukan makanan akan belajar tentang makanan,cara memasak, rasa, texture, khasiat dll. Seorang anak yang melihat awan akan ingin mengetahui ada pelbagai bentuk & jenis-jenis awan. Seorang anak yang bermain hujan, akan tertanya-tanya bagaimana hujan diturunkan...dan begitulah seterusnya.

2. Child-led learning. Apa yang penting bagi orang dewasa, tidak semestinya penting bagi anak kecil. Apa yang penting bagi salah seorang pasangan kembar, tidak semestinya sesuatu yang menarik bagi pasangan kembarnya yang lain. Unschooling membina jatidiri anak. Dia tahu apa yang penting dan disukainya. Apa yang ingin diketahui dan apa yang belum mahu diketahuinya. Dengan cara ini, setiap anak adalah individu yang unik, proaktif dan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

3.Kaedah yang natural. Tidak terikat kepada kurikulum mahupun had usia. Ini memberi beberapa faedah.

Pertama, ibubapa bukanlah 'primary source of knowledge'. Tidak seperti guru di sekolah, ibubapa tidak perlu menjadi guru yang tahu semua subjek dan perkara. Jika mereka ada pengetahuan, mereka boleh memberi input. Jika mereka kurang pengetahuan tentang sesuatu, ibubapa juga akan turut belajar bersama anak-anak. Ini memberikan pengalaman yang realistik kepada anak. Tidak semua perkara diketahui oleh orang dewasa. Anak-anak juga akan memahami yang belajar itu bukan tugas kanak-kanak sahaja, tetapi selagi ada perkara yang tidak kita ketahui. Di samping itu, mereka juga bebas belajar dan mengambil pelajaran dari sesiapa sahaja yg ditemui....tutor di kelas aktiviti....pakcik dan nenek, penjual kuih, pakcik penjual aiskrim mahupun jirantetangga.

Kedua, tidak semua yang dipelajari perlu dimulakan dan mengikut apa yang telah disusun. Contohnya untuk pembelajaran matematik, anak-anak tidak perlu mempelajari tambah tolak dan bahagi mengikut susunan silibus dan aras umur. Mereka perlu tahu membilang apabila mereka bermain hide-and-seek, mereka perlu tahu menambah jumlah mata di scoreboard untuk mengetahui pemenang dan mereka perlu tahu membahagi apabila muffin yg mereka masak perlu dibahagikan samarata. Mereka juga belajar pecahan apabila perlu memotong pizza. Begitu juga dari segi bahasa, mereka belajar apa yng dijumpai. Lebih banyak bahasa mereka temui, lebih banyak bahasa yang mereka tahu. Lebih banyak vocab yang mereka tidak tahu, lebih banyak juga yang mereka perlu cari makna dan pelajari.  Mudah kata, ilmu dipelajari untuk terus diamalkan. Ini juga membuatkan unschooling lebih bersifat hands-on dan on-the-go.

Ketiga, anak-anak boleh belajar mengikut kemampuan dan gayanya sendiri. Jika mereka telah pandai membaca dan menulis, mereka akan belajar secara membaca dan menulis. Jika mereka belum bersedia, ada banyak lagi cara untuk mereka mengorek ilmu pengetahuan. Bertanya orang lain, berbincang, menonton video malah juga melalui permainan game. Luqman, umpamanya, menghafaz dengan mendengar kerana belum lancar membaca, tetapi Hakeem menghafaz dengan membaca ayat yang mahu dihafaz kerana telah lancar. Walaubagaimanapun, hafazan Juz Amma mereka hanya berbeza sebanyak 1-2 surah sahaja! Ini bermakna tiada yang dapat menghalang anak mencapai apa yang mereka mahu walaupun ada kemahiran yang belum dikuasainya.

Keempat, 'unschoolers' boleh dan akan belajar dan mengamalkan kurikulum atau mengambil peperiksaan apabila mereka merasa itu adalah suatu keperluan. Dalam hal ini, kurikulum dan peperiksaan tidak menjadi matlamat tetapi hanyalah alat yang diperlukan dalam sesuatu fasa kehidupan. Sebagaimana seseorang perlu mengambil ujian lesen memandu sebelum dapat memandu dengan selamat dan selesa di jalanraya, begitulah seorang anak akan mengambil SPM atau iGCSE jika mereka mahu melanjutkan pelajaran ke universiti. Tetapi, ia tidak bermakna mereka tidak pandai/boleh memandu motosikal jika tiada lesen!

Kelima, tiada had usia untuk belajar. Anak lima tahun bebas belajar tentang astronomi, dan anak 11 tahun juga masih bebas mempelajari asas tajwid. There is never too early or too late to learn. When they are interested and ready to learn, that is the best time.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, 'unschooling' adalah kaedah pendidikan yang dilalui para rasul terdahulu. Ia suatu kaedah fitrah. Lihatlah Nabi Ibrahim a.s yang bertanya dan mencari tuhannya ketika mula melihat alam, lalu terpaksa pula menentang arus fahaman kaumnya. Lihatlah Nabi Muhammad saw yang terdidik oleh suasana perkampungan badwi Bani Saad, seterusnya mengembala kambing dan berniaga. Semuanya adalah susunan tarbiyah Allah dalam membentuk fikrah dan iman seseorang.

Tidak dinafikan, kaedah 'unschooling' mungkin adalah kaedah yang membuatkan ibubapa yang terbiasa dengan sistem akademik akan berasa 'tidak selamat'. Namun, dengan membekalkan persekitaran yang kondusif untuk anak mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang difikirkan sepanjang hidup mereka, adalah diharapkan mereka dapat membesar dengan jatidiri dan dayafikir yang kuat, insyaAllah.


Perubahan paradigma untuk 'unschooling':

  • Menekankan proses bukan result. Itulah sebenarnya asas dalam pendidikan Islam. Kita sentiasa diberi galakan untuk beramal sebanyak mungkin, sementara hasilnya hanyalah keredhaan Allah. Ia menghasilkan sikap takut dan harap.Takut apa yg dilakukan belum cukup baik, dan mengharap apa yg telah kita lakukan memberi manfaat, jika tidak di dalam kehidupan dunia ini, di akhirat kelak. 

  • Tiada ujian untuk menguji pencapaian anak-anak,melainkan ujian hidup itu sendiri. Jika anak tidak pandai membaca, ujiannya bukanlah dengan gagal memahami soalan peperiksaan, tetapi susah untuk memahami buku yang mahu  dibaca. Tidakdapat membaca label atau arahan dikotak permainan dan sebagainya. Untuk solat pula, anak-anak tahu yang mereka perlu menghafaz, memahami bacaan dan pergerakan solat. Untuk mengatasi 'ujian' hidup seperti ini, anak-anak akan merasakan keperluan untuk terus mempelajari perkara-perkara penting dalam hidupnya. Baik atau tidaknya pencapaian mereka, akan dinilai sendiri oleh diri, ibubapa, keluarga,  pengalaman hidup dan persekitaran.

  • Belajar sebagai cara hidup. Bermula sejak dari dalam kandungan, berakhir di liang lahad. Tiada istilah, 'sudah mula bersekolah' atau 'sudah tamat bersekolah' atau ' sudah bergraduasi'. Lebih kerap berlaku dalam kehidupan kita, pelajaran yang sebenar hanya bermula selepas kita 'tamat bersekolah' dan memasuki alam kehidupan sebenar. Dengan 'unschooling', fasa 'persekolahan' itu tidak wujud berasingan dengan fasa 'kehidupan'.

  • Anak kecil tidak tahu apa-apa, perlu mengikut orang dewasa? Tidak tepat. Kembalilah kepada kisah nabi Ibrahim a.s yang menegur kaumnya. Kisah Musa a.s yang menegur bapa angkatnya Firaun. Kisah nabi Muhammad saw yang terkenal dan dihormati sebagai al-Amin. Sebenarnya,anak kecil lebih dekat pemikirannya dengan fitrah. Oleh itu, pemikiran mereka lebih cerah dari kebanyakan dewasa. Mereka tidak mudah faham mengapa perlunya belajar untuk peperiksaan, kerana fitrah belajar hanyalah untuk mendapat ilmu dan beramal, bukan untuk diuji dan dibanggakan pencapaian.  


Wednesday, April 16, 2014

Case study : Unschooling & kelahiran Sofeya

Bismillhirrahmaanirrahim.

Kira-kira sebulan yang lalu dan akan datang memang tempoh yang agak membosankan untuk aktiviti homeschooling kami. Apabila ummi dah tak larat nak keluar rumah membawa perut yg semakin berat di tambah minggu berpantang, banyak program best2 yg terpaksa dibiarkan berlalu. They are totally on their own most of the time. Mungkin inilah peluang menghayati dan menguji betul ke teori unschooling John Holt ni.

Hasilnya.... ada yg mengadu mahu kembali bersekolah semula kerana kebosanan. Ada sekumpulan yg mulakan experiment (read:bermain) sendiri.....ada yang masih setia membawa buku library minta ummi bacakan...dan si kecik yang sentiasa setia membawa colour box ke atas & bawah...mewarna apa sahaja kertas yg dijumpai.

Bottom line is...kids are kids. They are designed to learn, explore and keep themselves busy to find out what this new world is all about. Yang kecil belajar & memperhatikan yang besar...yang besar pula perlu belajar apa itu tanggungjawab kehidupan.Walaupun di mata orang dewasa...mereka hanya 'bermain'.

Memandangkan sebelum bersalin haritu risau juga dgn progress homeschooling anak-anak, jadi mungkin patut juga direkodkan di sini sekadar rujukan.


Persediaan untuk 'homeschooling-unschooling' waktu berpantang...

  1. Bekalan buku baru yang mencukupi. Alhamdulillah, setiap bulan kami dapat meminjam lebih 30 buah buku dari perpustakaan yang perlu dihabiskan sebelum tarikh pulang. Jadi sentiasa ada sebab mengapa perlu menghabiskan bacaan.
  2. Subscribe to an online course. Anak-anak saya sedang menggunakan reading eggs program. Disebabkan setiap seorang mempunyai akaun dan levelnya masing-masing, jadi mereka berlumba-lumba menghabiskan jumlah lesson yg terbanyak sesama mereka. Program online begini boleh dilakukan di dalam rumah dan lebih mudah dikawal oleh ibubapa. Kami juga tetap menggunakan PC untuk anak-anak beronline, kerana ia dapat dikongsi/dilihat bersama-sama, membolehkan proses lebih 'engaging' berbanding gadget digital yang lain. 
  3. Bekalan alat permainan/bahan pembelajaran yang berterusan. Lebih baik disediakan bahan asas atau permainan asas yang boleh digunakan sendiri berulang-kali oleh anak-anak tanpa jemu. Contohnya lego, pensel warna atau crayon,cat atau warna yang sesuai, kertas kosong, gam, gunting, cellotape, kertas mahjong, manilla card, kotak cardboard, botol kosong atau apa-apa sahaja bahan asas yang boleh mereka gunakan untuk sebarang 'projek bebas' dengan sendiri.
  4. Establish a routine. Kanak-kanak terutamanya yang kecil perlukan rutin untuk membina keyakinan dan disiplin hidup. Jadual harian yang telah diamalkan sejak beberapa bulan sebelum tempoh berpantang boleh mengurangkan beban mendisiplinkan anak-anak ketika berpantang.  
  5. Latihan urus diri. Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan holistik dan living skills seperti Montessori atau Waldorf, anak-anak dilatih melakukan kerja-kerja harian seperti menyediakan makanan dan menguruskan pakaian seawal usia. Tiada usia yang terlalu muda untuk cuba melatih mereka. Anak seawal 2 tahun sudah boleh dilatih memakai baju sendiri, makan sendiri, meletakkan pakaian ditempatnya malah tolong menyidai pakaian mereka sendiri. Semua ini dapat membantu ketika ibubapa tidak dapat berfungsi sepenuhnya di rumah.
  6. The less is more. Seringkali kita beranggapan, apabila kita kurang 'membuat' sesuatu, hasilnya juga kurang. Tetapi inilah masanya untuk membuka minda dan melihat sendiri bagaimana anak sebenarnya boleh melakukan banyak perkara walaupun tidak diarahkan. Lebih banyak 'aktiviti' dapat mereka jalankan tanpa gangguan. Walaupun jika dibiarkan, mereka akan terus bermain apa yang menarik bagi mereka...samada online games atau apa-apa permainan, perhatikanlah yang mereka tetap akan ingin belajar sesuatu yang baru setiap hari dalam hidup mereka. Berehat dan perhatikan sahaja. Beri bantuan dan panduan apabila diminta sekadarnya. Lagipun, ini memang fasa berehat untuk diri dan seisi keluarga, tiada apa yang perlu dirasakan rugi untuk sebuah kehidupan yang kurang tekanan :)
  7. Let the whole family enjoy the new arrival. Anak-anak memang suka membantu sekadar termampu...sibukkan mereka dengan menjaga adik, melihat bagaimana adik dimandikan, menolong memakaikan baju dsb. Mereka juga belajar perkara dan proses baru seperti barut, bengkung, bertungku dan lain-lain rutin berpantang. Anak-anak perlu turut memahami nilai dan budaya seperti mengapa ibu selepas bersalin perlu berehat dan bapa perlu mengambilalih tugasan di rumah.   
  8. Jika rutin jadual membuatkan kita stress, tangguhkan ia sementara waktu. Tangguhkan juga larangan yang tidak memudaratkan seperti had masa menonton video atau waktu online.
  9. Dapatkan bantuan jika perlu. It takes the whole community to teach a child. Saudara terdekat, jiran-jiran dan sahabat handai juga mungkin boleh membantu mengambil alih tugas homeschooling anak-anak. Cari peluang di setiap kesempatan supaya ibubapa boleh berehat secukupnya.
Wallahu a'lam.