Pages

Saturday, March 8, 2014

Jadual harian homeschooling

Bismillahirrahmaanirrahim.

Dua bulan pertama ini, kami telah mencuba dan meng'upgrade' rutin harian yang sesuai dengan gaya kehidupan & matlamat pembelajaran kami pada tahun ini. Setakat ini, apa yang sesuai dan dipersetujui bersama anak-anak adalah seperti berikut :

Hari belajar : Isnin- Khamis
Hari cuti : Jumaat - Ahad

4 hari sahaja? Ya...untuk permulaan cukuplah 4 hari sahaja mereka perlu mengikut jadual yang ditetapkan.  Walaubagaimanapun hari 'cuti' tetap ada rutin harian yang perlu diteruskan, terutamanya hafazan & al-quran. 3 hari lagi adalah 'unschooling days'...kids are responsible to organize their day.

Jadual harian pula sangat fleksibel :

subuh : solat, quran & hafazan ayat baru

8am : khidmat diri, sarapan, housechores & warming up the day

10 am : Belajar

12 pm : Rehat /qailulah, lunch & aktiviti bebas. Mereka dibenarkan membuka computer/online untuk menonton video/ educational games antara pukul 12 - zohor.

zohor : solat & ulangan hafazan ayat baru

3 pm : Belajar

Asar : solat & hadith (bacaan shahih bukhari)

Lepas asar : Riadah/ outdoor activities/ minum petang

7 pm : Siap diri/ makan malam

Maghrib- Isyak : solat, ulang hafazan baru & lama, quran

Selepas isyak : makan malam/ belajar

10.00 : rehat/menonton video/storybooks & tidur

Antara perkara yang kami ambil perhatian dalam merancang jadual harian/aktiviti homeschooling :

1. Perlu jelas dan bertulis.

2. Konsisten. Antara yang paling susah juga- kerana homeschooling is a freelance living & learning process, we tend to shortchange a lot according to our preferences.

3. Perkenalkan satu demi satu peraturan secara beransur-ansur. Contohnya, seminggu pertama perkenal & konsisten waktu 'switch-on' computer/internet. Minggu kedua, konsisten waktu bermain petang/mandi malam selama seminggu & seterusnya. Yang paling susah?...tentulah untuk konsisten masa makan...maka umminya juga mesti turut cuba try berdisiplin supaya jadual harian seisi lebih teratur :)

4. Tekankan waktu aktiviti berpaksikan waktu solat. Contohnya, bermain di luar - 'SELEPAS ASAR', makan -'SEBELUM ZOHOR' instead of ingatkan ikut jam. Semoga 'habit' ni akan kekal sehinggalah mereka bekerja dan berkeluarga. Kesannya, insyaaAllah , kita akan lebih 'alert'dengan waktu solat sepanjang hari.

5. Tekankan kualiti bukan kuantiti. Learning process, not the result. Contohnya, anak dah senaraikan perkara yang mereka mahu pelajari, jika sudah siap awal, mereka bebas bermain atau buat aktiviti sendiri walaupun belum cukup masa belajar yang diperuntukkan.

Mematuhi jadual harian memang penting sangat untuk anak-anak kecil, latihan untuk mereka hidup berdisiplin dan menghargai masa. Jika melalui kehidupan 'bersekolah' & bekerja makan gaji, anak-anak sudah diatur dengan rutin kehidupan 'by default'. Pergi & balik sekolah pada masa tertentu sahaja. Tetapi...anak-anak homeschool belajardan bekerja secara 'freelance'...jadi mereka perlu bijak mengatur masa sendiri dan ini perlukan latihan yang panjang.

Pada peringkat awal, cara ini agak menyusahkan untuk anak yang sudah biasa dengan aturan kerja yang sedia diberi oleh guru. Namun, adalah lebih baik mereka dilatih dari kecil untuk menjadi insan yang berdikari, daripada menunggu sehingga mereka masuk ke universiti.

Selain itu, rutin harian yang teratur tetapi fleksibel juga penting untuk memberi 'sense of security' kepada anak-anak kecil (preschool) yang belum tahu mengatur kehidupan mereka.

Last but not least, we plan and Allah plans, truly He is the best planner. Inevitably, there are days we are super-duper busy with projects or simply feel like doing nothing , members of family feeling unwell & sick, child got into tantrums and making troubles...they are all part & parcel of life. Afterall...this is a lifeschooling, isn't it? Just enjoy the bless of it every singleday!

Live by design :)