Pages

Monday, June 3, 2013

Hafaz al-quran : mengapa?

Bismillahirrahmaanirrahim.

Dari masa ke semasa, anak-anak akan mudah hilang semangat untuk terus istiqamah menghafaz al-quran. Ia seperti sesuatu yg tidak berkesudahan. Banyak.

"Ummi, kenapa asyik kena hafal je ?", mereka bertanya ikhlas.

Ada selang masa mereka dicutikan dari menghafal. Dalam masa yg sama, saya mengambil peluang untuk fahamkan mereka mengapa hafazan itu sangat berguna buat mereka. Antara intisarinya yg sering saya gunakan sebagai modal :

1. Al-quran adalah wahyu Allah.

"Macammana kita nak tahu apa Allah nak bgtau kita kalau kita tak belajar al-quran?"...antara soalan provokasi yg saya lontarkan, alhamdulillah sering disambut sebagai cabaran positif oleh kanak-kanak ini.

2. Al-quran sebagai teman yg bakal pemberi syafaat.

"Kalau kita main game, game tu tak boleh tolong kita. Tapi kalau kita hafal quran, selalu baca quran, nanti quran tu ingat kita kawan dia. Dia tolong kita dapatkan pahala, tolong kita kalau Allah marah kita kat akhirat nanti. Ummi pun tak boleh tolong macam al-quran." peringatan yg sering saya ingatkan..

3. Setiap ayat al-quran mempunyai kisah & mesej disebaliknya.

Anak-anak memang sukakan cerita. Biasanya mereka mahu tahu surah yg dihafaz tu berecerita tentang apa. Apa makna ayat yang dibaca. Kenapa Allah turunkan ayat tu. Sebenarnya, saya sangat teruja dengan minat mereka...bertanya dan bertanya, sampai mampu ceritakan balik tentang ayat yang di baca ketika 'odd' times. Ketika makan, sambil bermain...semoga kisah al-quran sebati menjadi bahan perbualan mereka.

4. Al-quran kitab yang mulia.

Al-quran itu cahaya yang menerangi kegelapan. Bila banyak baca al-quran, hati jadi bersih. Allah jadikan kita orang yang soleh. Barulah ada peluang nak masuk syurga, nak jumpa Allah.

Ada banyak lagi kelebihan menghafaz al-quran yang ditawarkan kepada umat Islam. Semuanya mampu menjadi motivasi kepada kita....semoga diberi Allah kekuatan untuk terus istiqamah walau satu ayat cuma.

Allahummarhamna bil quran...