Pages

Saturday, May 18, 2013

Kecerdasan hafazan golongan syanqit : manifestasi tarbiah keluarga

Bismillahirrahmaanirrahim

Di dalam satu kuliah al-hikam oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang kami hadiri di Masjid negeri, Shah Alam, beliau pernah menceritakan kisah kabilah Syanqit dari  Mauritania yang terkenal di kalangan ulama sedunia sebagai golongan penghafaz yang hebat.

Antara sebab kehebatan hafazan golongan Syanqiti

1. Amalan menghafaz al-quran dan kitab-kitab sudah lama wujud di dalam keluarga mereka dan masih dikekalkan. Hal ini disahkan oleh Syeikh Mahmud bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-syanqiti.

2. Mengutamakan amalan menghafaz berbanding melancong atau kegiatan lain.
Terdapat pepatah golongan syanqiti yang dilaporkan menyebut: ' Ilmu yang lebih  mulia dalam ingatanmu, bukan banyaknya lawatan ke kota- kota moden.

3. Mereka berusaha menghafaz keseluruhan ilmu rujukan termasuk syarahnya.
Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Ibrahim Alwi (1250 H) berkata , "Sekiranya kamu mencampak ke laut, pasti aku dan muridku dapat menulis semula tanpa tambahan dan kurang sedikitpun. Ini disebabkan dia membawa matan, manakala aku memegang syarah- syarah."

4. Kanak-kanak sudah dilatih menghafaz kitab-kitab asal sejak kecil lagi.
Dilaporkan seorang kanak-kanak yang belum baligh sudah menghafaz kitab Al- Mudawwanah, satu rujukan dalam fiqh imam malik. Hal ini sangat berbeza dengan sistem persekolahan agama kita di Malaysia yang belajar dari buku teks yang sudah diekstrak dan dipermudahkan, tanpa mementingkan usul ilmu yang tersebut. Charlott Mason, seorang sifu dalam homeschooling barat menggelarkan kitab atau buku asal ini sebagai 'natural book' yang ditulis berasaskan minat mendalam penulis ke atas ilmu kajiannya.

5. Amalan menghafaz dibudayakan dalam kabilah, termasuk di kalangan kaum wanita. Dr. Zulkifli menyebut bahawa daripada kabilah Jakanat sahaja terdapat 300 orang perempuan yang menghafaz kitab al-Muwatta' dan matan-matan lain.

6. Seisi keluarga dan masyarakat sentiasa menggalakkan, membantu dan berlumba - lumba untuk menghafaz.

Semoga bi'ah yg solehah ini mampu kita suburkan di dalam keluarga, inshaaAllah. Ameen.

Sunday, May 12, 2013

Study visit ke kebun getah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Sempena balik mengundi PRU13 tempoh hari, kanak-kanak ini dibawa ke kebun getah sekitar rumah aki.

Inspirasi : Siri Upin Ipin mainan baru.

Objektif:
Kenali pokok getah.
Kenal, bau dan sentuh getah yg telah ditoreh.
Fahami proses mendapatkan getah dr pokok.
Kenal & kumpul biji getah.

Kesimpulan:

Since hari cuti, x de pakcik menoreh...so we just check on what was there...

Nyamuk banyaaak sangat!

Biji getah x banyak sbb pokok masih agak muda..so x cukup utk. kumpul buat main, tetapi dapat kenal n expore the structure :-)

Dapat tgk kulit pokok yg telah ditoreh, tarik tali getah yg meleleh keras...touch, feel and smell everything possible.hihi. Wangi tak? Itulah bau duit!!

Lawatan seterusnya, boleh ikut pakcik menoreh, follow sampai tempat jual getah buku.

Kesian anak bandar ni...these experiences were ummi's plaything setiap weekend, sempat gelek mesin n buat getah keping tau!